play song

Tuesday, December 29, 2015

Salam Subuh

Sabda nabi, solat sunat subuh 2 rakaat lebih baik dari dunia dan isi-isinya. Di situlah ada redha Allah. Bila Allah redha kita maka di situlah kebaikan yang melebihi segala-galanya. Kita start enjin tiap-tiap pagi pergi kerja, dapat banyak tu juga sedangkan yang memberi rezeki itu adalah Allah. Sepatutnya solat 2 rakaat subuh itu yangg kita kejar dan rebut dulu diikuti dengan solat subuh berjemaah.

Allah sembunyikan redhaNya dalam ketaatan hambaNya. Banyak habuan dari Allah kepada kita tapi kita tak perasan dan lupa hasil dari redha Allah.

Fadhilat kita solat sunat, sedekah, bantu mangsa banjir, berjihad, berdakwah dan seumpamanya telah kita perolehi tanpa kita sedar. Kita dapat rasakan kalau kita perhalusi dan berfikir.

Ada seorang budak sampai 5 kali ulang alik dari Kuala Lumpur ke Kelantan membantu mangsa banjir. Dia seorang yang rajin bekerja, rajin beribadat maka Allah kurniakan kepadanya jiwa yang kasih dan sayang kepada manusia serta kuat beribadat.

Dari satu segi, Allah bukan sahaja menguji mangsa banjir, mangsa perang palestin tetapi Allah uji manusia lain yang tidak terlibat. Adakah mereka prihatin, adakah mereka insaf, ingat dan menghulurkan bantuan seikhlasnya. Maka redha Allah akan turun kepada orang yang baik.

Zikir-zikir dan solat adalah pelindung juga dari sihir. Jagalah kualiti solat. Solatlah secara  berjemaah. Telah berlaku kejadian benar apabila seseorang mengadu kepada ustaz, gelas yang dipegang untuk minum pecah tiba-tiba. Ini menandakan terdapat sihir di dalam minuman itu dan amalan zikir dan solatnya telah melindunginya dari terkena sihir dari minuman tersebut.

Maka orang-orang yang meninggalkan ibadat hidup mereka adalah sebaliknya, di timpa kerugian dan kesusahan.

Maka bersungguh-sungguh beramal ibadat walau dengan memberi salam dan bertegur sapa.

Kisah benar, seorang insan yang kerap memberi salam kepada seorang uz (uz isa) walaupun orang tersebut dgn berseluar pendek sambil cuci kereta, akhirnya pada satu hari dia datang ke masjid hingga menjadi orang kuat masjid berkat amal baiknya memberi salam.

Jagalah setiap amal baik kita baik sekecil-kecilnya hingga sebesar-besarnya kerana habuan Allah akan datang dalam hidup kita.

Inni akhafullah - Sesungguhnya aku takutkan Allah. Jazakillahu khoiran kathira. 🌸

Sunday, December 27, 2015

Mereka



Mereka lihat kita ramai kawan sekarang.
Mereka tak tahu dulunya kita dipulaukan.
Kita dimalukan depan orang ramai.
Sebab diri ini jahil.
Sebab diri ini tidak pandai.

Mereka lihat kita ramai orang suka.
Mereka tak tahu kita dulu pelajar bermasalah.
Mereka tak tahu dulu kita selalu buat masalah.
Mereka tak tahu dulu kitalah menjadi bualan buruk mulut manusia.

Mereka nampak kita gembira selalu.
Mereka tak tahu apa kita lalui dulu.
Mereka tak tahu kita menangis setiap kali balik dari kelas kerana malu.
Malu sebab seorang diri.
Tiada kawan, tiada teman.

Mereka tak tahu apa kita lalui.
Mereka tak tahu apa kita pendamkan selama ini.
Mereka tak tahu.

Apa mereka nampak kita sekarang, mula mereka cemburu.
Mereka tak tahu ini yang dia baru rasakan selama hidup 20tahun.
Rasa ramai sahabat sekeliling.
Rasa ramai orang ambil berat padanya.
Rasa yang selama ni dia nanti-nantikan dalam hidup dia.

Kalian berhentilah judge apa yang kalian nampak didepan mata.
Tanpa tahu apa yang dia alami selama ini untuk apa dia punya sekarang ini.
Susahnya hidup dia dulu, dia tidak pernah bagitahu.

Dia pendam. Telan. Dan hadam.

Hanya mampu tunjukkan senyuman tanpa sedikit pun kerisauan.
Disebalik itu simpan sejuta perasaan.
Airmata mengalir menulis contengan ini. 
Aye mampu kata..

Ini hasil selepas aku lalui semua tu.
Itu kisah aye yang aye tak pernah beritahu pada sesiapa.
Lepas hijrah aye, Allah datangkan sahabat-sahabat Syurga tanpa aye cari pun untuknya.
Musuh-musuh dulu kini menjadi sahabat.
Lepas pengorbanan dan kesabaran, ini hikmah yang aye dapat selepas kekecewaan.

Jangan dengki terhadap seseorang kerana nikmat yang diberikan Allah kepadanya,
sebab engkau tidak tahu apa yang telah Allah ambil darinya.
Dan jangan engkau bersedih apabila Allah mengambil sesuatu darimu,
sebab engkau tak tahu apa yang akan diberikan oleh Allah sebagai gantinya.

Maka katakanlah selalu:
Alhamdulillah..
Kerana itu yang aku selalu lakukan.

Jangan nampak dia selalu gembira.
Kalian tak tahu betapa penat hatinya.





NSYAFQILA RUSLAN

Im back

Assalamualaikum. 
Lama tak kita tak berblog, rindu tak? Malas nak buka lappy sebenarnya.
Boleh je blog guna phone tapi tak puas bak kata orang.

Kejap lagi kita cerita lagi pasal salasilah hidup kita.
Sekarang Alhamdulillah makin sihat lepas berubat dgn ustaz Shafie, dah tak muntah darah dah.
Syukur kepada Allah, tapi kerap pening kepala. Kurang minum air masak agaknya.

Kerap bertwitter dari blog, kalau dulu zaman sekolah phewww berblog saja, sikit-sikit kutuk orang tu ni.
Sekarang tobat dah hehehehe ikhlas taubat ni bukan taubuat ehh ;p
Banyak kenduri bulan ni, busy lah sikit.

Nak dibuat cerita, sekarang Alhamdulillah hidup semakin bahagia 
selepas orang ramai bagi nasihat abaikan, dengar kata hati, buat solat istikharah, apa yang baik apa yang tak.
Minta petunjuk dekat Allah, jangan ikut kata hati nanti binasa.
Terima kasih yang tak henti hantar email bagi kata sokongan.
Hargai setiap bait ayat kalian memberi kata sokongan tu, terharu.
Menangis juga lah..

Betul kata kalian, lepas buat solat istikharah minta petunjuk Allah,
Musuh-musuh kita dulu whatsapp wechat minta maaf, hebat kuasa Allah ni
Kita tak mampu tandingi.
Wallahi tak kuat.
Tak tahu nak kata apa, seronok semua suka.
Yelah kita dapat memaafkan orang, satu kerja yang mulia.
Allah pun suka.. Pahala duk bergerak je, suka malaikat bahu kanan mencatit.

Okay, nak tak kita bercerita pasal salasilah hidup kita selama berhijrah ni?
Okay jommm.
Stay tuned ;p





NSYAFQILA RUSLAN

Friday, December 25, 2015

Kebahagiaan



Bahagia itu kita yang pilih.
Bahagia itu pilihan.
Sebenarnya dalam hidup ini, kita jangan menyalahkan orang lain bila kita tidak bahagia, kerana kebahagiaan itu bukan orang lain yang ciptakan tapi ada pada hati kita sendiri. Bahagia itu hakikatnya dekat, terlalu dekat dengan kita. 
Kebahagiaan itu bukan untuk dicari. Jika kita masih tercari-cari, maknanya kita tak ada kebahagiaan itu.
Kebahagiaan itu tak perlu cari, tetapi kita perlu membinanya, kita yang harus menciptanya kerana kebahagiaan itu terletak pada sekeping hati, sekeping hati yang selalu bersyukur.

Orang yang paling bahagia dalam hidupnya adalah orang yang tidak selalu memiliki sesuatu yang terbaik dalam kehidupannya,
tapi hanya selalu berusaha untuk bersyukur dan menjadikan setiap apa pun yang hadir dalam hidupnya menjadi yang terbaik.
Kebahagiaan yang sempurna terdapat pada seseorang yang sederhana tetapi dia memperlakukannya dengan istimewa. 
Ibarat kata orang "tak perlu miliki segalanya untuk bahagia, cukup jadikan apa yang sudah kau miliki saat ini sebagai alasan untuk bahagia."

Hargai apa yang kita miliki saat ini.
Kebahagiaan tak akan pernah datang kepada mereka yang tidak menghargai apa yang mereka miliki. Hargai apa yang kita miliki hari ini, kerana kita tidak pernah tahu apa yang kita miliki hari ini,
masihkah ada untuk hari esok?

Bila perancangan kita tidak menjadi seperti yang kita harapkan,
ingatlah dan senyumlah kerana kita merancang dengan cita-cita tetapi Allah merancang dengan cinta.

Ada yang bersependapat mencari kebahagiaan itu ibarat mengutip serpihan kaca.
Ada yang berjaya mengutip dengan banyak dan ada yang mengutip paling sedikit,
tapi tiada seorang pun yang berjaya mengutip kesemuanya,
kerana tatkala mengutipnya pasti ada yang terluka.

Memang amat tinggi letaknya kebahagiaan, namun kita harus menuju ke sana.
Ada orang berputus asa berjalan ke arahnya lantaran disangkanya jalan ke sana amat sukar, padahal mudah kerana ia daripada dirinya sendiri.

Sampai ke hari ini aye tetap percaya bahagia itu adalah pilihan.
Dan bersama siapa kita bahagia, kita juga yang pilih.

Senyum.




NSYAFQILA RUSLAN

Thursday, December 24, 2015

Jangan menilai seseorang dari luar


Bila kita lihat balik semua benda yang berlaku disekeliling kita.
Kehidupan ajar kita satu perkara.
Hak untuk menilai orang, bukan pada kita.
Sebab walau terang, depan-depan macam mana pun seseorang tu buat kesalahan, buat dosa depan kita. Kita tak boleh terus hukum kata dia jahat.
Luar nampak dia buat benda jahat.
Hati dia?
Kita tak tahu.

Mungkin dia sendiri tak nak buat benda tu.
Mungkin dia sendiri tengah cuba lawan nafsu sendiri.
Mungkin tiap-tiap malam dia selalu berdoa pada Allah supaya ubah dia.

Kita semua pernah alami perkara ini.
Tahu benda tu Allah tak suka.
Tapi nafsu, susah nak kalahkan.

Sebab apa?
Sebab kita manusia, bukan malaikat.
Jahat mana pun kita, pasti kita terdetik mohon pada Allah untuk ubah kita. Kan?
Fitrah setiap manusia untuk berubah walau jahat nakal sosial mana pun seseorang itu.

Yah, termasuk aye!

Kita boleh ada sifat benci tapi bukan pada seseorang yang kita nampak dia buat kesilapan.
Benci pada dosa yang dia lakukan.
Sedangkan dulu kita tak sedar, kita juga seperti dia.
Malah mungkin lagi teruk dari dia. Hanya kerana kita baru berhijrah atau rasa diri tu dah alim, kita rasa dah bagus.
Anggap seseorang yang lakukan kesilapan itu mungkin cerminan diri kita dulu.

Nasihat. Jika tidak lalu dengan nasihat kita.
Mendoakanlah..
Selemah-lemah iman itu dalam menegur adalah dengan hati.

Mencegah dari melakukan perkara itu dan mendoakan yang terbaik buat seseorang itu agar diberi keampunan atas kesalahannya dan diberi hidayah oleh Allah..




NSYAFQILA RUSLAN

Hati


Ada masanya sakit itu.
Tak boleh nak dijelaskan dengan kata-kata.
Tak boleh nak ditulis dengan baris-baris nota.
Tak boleh nak perah airmata keluar.
Tak boleh nak jerit ke satu dunia.
Tak boleh nak marah sesiapa.
Tak boleh nak kongsi.
Tak boleh nak cerita.
Tak mahu disimpan.
Tak boleh nak dibuang.
Cuma terasa dalam dada.
Tak boleh nak buat apa.
Telan dan hadap, sambil minta simpati dan belas kasihan Dia.

Pujuklah hatimu andai dugaan yang mendatang itu seakan menghimpitmu. Bukan Allah tidak peduli.
Bukan Allah hendak menyeksamu.
Bukan Allah sudah tidak melihat usaha dan doa-doamu, bukan Dia tidak kisah airmatamu.
Dia cuma hendak kamu tahu bahawa Dia menyayangimu.
Sangat menyayangimu!

Masakan tidak, dari berbillion manusia di muka bumi ini,
engkau pilihannya.
Dia memilihmu kerana Dia ingin kau kembali padaNya.
Mungkin selama ini, kau lalai dari mengingatiNya dengan sebenar-benarnya,
mungkin selama ini kau kurang bersyukur dengan apa yang telah Dia berikan padamu.

Limpahan nikmat yang kau perolehi jarang sekali kau syukuri.
Bahkan kau tambahi dengan keluhan.

Maka, muhasabahlah..

Pujuklah hatimu andai dugaan yang datang itu seakan bertubi-tubi bagimu.
Bukan Allah tidak tahu, betapa dengan ujian dariNya ini,
membuat kau terduduk, membuat kau menangis
dan membuat kau lebih banyak ingat Dia.

Allah tahu itu dan ketahuilah Allah sentiasa memerhatimu dengan pandangan kasih sayang.
Dia sentiasa ingin yang terbaik untuk kehidupanmu.

Hati.

Semoga kau tabah dan kuat. 
Bukan untuk hari ini.
Tapi, untuk setiap hari.





NSYAFQILA RUSLAN

Gadis


Ada seorang gadis.
Yang dulu dia bukanlah sesiapa.
Dan tidak punya apa-apa.
Apa lagi untuk memiliki apa dia ingin punya.
Dulu dia bebas buat apa dia suka.
Tanpa fikir sakitnya rasa, lelahnya jiwa.
Kerana dia perlu rasa sesuatu yang lain, dia berubah.

Struggles demi struggles.
Tewas. Jatuh. Futur. Down.
Kuatnya dia, hanya senyuman terukir dimatanya.
Menutupi segala masalah yang dia telan sedalam-dalamnya.
Kuatkan dia?

Sampai satu masa, airmata dia mengalir.
Tapi bibir dia tersenyum.
Kerana penat lelah dia, dia tahu dia kena hadapi dulu.
Untuk capai kebahagiaan yang hakiki yang dia tahu.
Bukan senang untuk dikecapi.

Tapi inilah kehidupan manusia.
Yang dari zaman jahiliyyah ke zaman menuju ke jannah.

2015

October, bermulanya penghijrahanku.





NSYAFQILA RUSLAN

Hijrah illahi


Dulunya aye liar, dulunya aye fikir aye Tuhan, apa yang diharamkan, aye halalkan.
 Punya hanya nafsu serakah semata.
 Kain legap itu.
Ahh panas!
Labuh itu kolot!
Tutup sana sini apa seronoknya?
Badan ini aku jamu pada mata-mata ajnabi itu berzina. 
Rambut megah berwarna kuning emas ini aye layangkan, kulit tangan kaki mulus ini aye hamparkan, bangga!
Nasihat mereka sedikit pun tak terkesan.
Apa peduli? 
Ini hidup aye!

Satu malam.
Aye mengalami mimpi..
Aye nampak seorang wanita berbaju putih dan hitam.
Dua-dua menghulur tangan, meminta aye sambut.
Aye fikir antara mereka siapa perlu aye mahu sambut.
Si putih? Atau si hitam?

Si hitam tersenyum, tidak tahu itu ikhlas atau mengejek.
Si putih manis dengan senyumannya, ya aye terpaut.
Tapi, aye fikir sejenak.
Adakah yang manis senyuman itu ikhlas.
Dan..
Adakah yang mengejek itu ikhlas juga.
Aye didalam di lema antara hitam dan putih.
Sekali lagi aye ternampak satu 'screen' menunjukkan satu 'wayang' si putih dan hitam.
Sebentar, yang hitam itu seperti aye kenal.
Adakah itu aku? Yang merupai aye.
Allahu..

Seperti satu 'wayang' aye terlihat..
Yang hitam satu seksaan yang amat menyakitkan.
Tidak, ia amat menyeksakan.
Menggunakan besi yang membara, panas mungkin.
Takut!
Ya, itu yang mampu aye meluahkan melalui reaksi rupa.
Aye kalah dalam airmata, aye menangis semahunya.
Tapi apa salah si hitam? 
Dia senyum kepada aye dan hulur tangan kepada aye.
Apa maksudnya?
Adakah ingin mengheret aye ke sana?
Terseksa bersama dia juga?
Tapi kenapa?
Aye bertudung, aye berbaju cuma kadang ketat kadang tudung sikit singkat.
Dia ingin seret aye bersama diakah?
Airmata ketakutan menitis,
Laju!
Laju seperti seksaan itu juga.

Dan seperti 'wayang' lagi aye terlihat di sebelah sana..
Yang putih, ya putih.
Tapi apa yang aye lihat, ia berseri dan bercahaya.
Allahu..
Aye terpukau melihatnya
Cantik.
Apakah itu Syurga?
Tapi siapa si putih itu?
Dia juga amat manis dalam senyumannya.
Aye pasti dia ikhlas menghulurkan tangan.
Adakah ingin membantu aye?
Adakah ingin menyedarkan aye, aye jahil di dunia.
Aye menangis semahunya.
Menitis kerana rasa seperti sesuatu ketenangan.

Aye sedar.
YaAllah, mimpi rupanya.
Tapi aye mimpi, kenapa bila aye sedar airmata masih mengalir laju seperti derasnya air di sungai?
Air mata betul.
Bukan peluh di muka atau badan.
Siapa aye ingin mencari?
Emak? Abah? Kakyong? Adik?
Kawan? Saudara-mara?
Mereka jauh.
Ya, aye sendiri. Sendiri seperti dalam mimpi tersebut.
Tanpa sesiapa membantu.
Mimpi apakah itu?
Aye yakin itu mimpi dari Allah ingin sedarkan aye supaya hentikan berpakaian menutup tetapi sebenarnya bertelanjang.
Aye insaf. 
Aye taubat.
Taubat sesungguhnya!
Aye telefon keluarga aye minta ampun, pada sahabat, pada kawan, pada musuh,
pada manusia aye sengaja atau tidak menyakitkan hati mereka.
Aye mohon kemaafan.
Tetapi, esok aye membuat kesilapan yang sama.
Menyakitkan hati orang, aye mengeluarkan kata kesat.
Manusia mana yang sempurna? Katakan pada aye?
Sekali lagi aye bertaubat, ya taubat pada Allah!
Aye tahu Allah terima, tanpa jemu.
Subhanallah..
Aye tahan dan berkata pada diri supaya abaikan kesakitan itu, orang memerli hanya seketika dan diam pada akhirnya.
Umpama..
 'anjing menyalak pada malam hari, pada keesokkanya diam dan mulakan kehidupan baru'
Ya, aye semat dalam diri.
Alhamdulillah aye boleh bertahan, dan mula membiarkan benda yang tak sepatutnya.
Abaikan manusia yang menyakitkan hati aye selalu dan selalu,
Abaikan manusia yang menjatuhkan aye hari hari ke hari.

Satu hari, aye renung jari ini..
Aye lihat denyut nadi pada pergelangan tangan ini, aye pejam mata dengar denyutan jantung sendiri.
Dan bertanya pada diri, apakah nikmat yang tersedia Allah beri ini membuatkan aye jadi alpa dan sombong umpama si iblis yang tidak mahu tunduk pada Adam.
Titis airmata...
Kufurnya diri...
Munafiknya diri...
Setiap pagi Allah tiupkan roh untuk aku bangun beramal padaNya, tapi aye bangun hanya pandangnya pada dunia.
Fikirnya aye pada diri langsung tidak fikir pada Pencipta.

Jadi.. Perlahan-lahan aye ubah satu persatu pada diri.
Dengan helaian dimuka ini.
Aye bertatih dalam menimba ilmu. Bertatih dalam beribadat. 
Ujian ini makin sukar.
Orang-orang yang aye anggap berilmu, sebenarnya penghukum!
Mereka hukum bila nampak satu salahnya.
Mereka perli aye.
Mereka benci aye hanya satu silap aye buat.
Mereka tak tahu penghijrahan aye kerana mimpi.
Mereka menuduh berubah mengikut orang.
"Orang bertudung aku bertudung. Orang freehair aku pun freehair. Orang bertudung litup labuh aku juga begitu."
Mereka tak faham apa aye lalui.
Mereka mampu berkata dari menyelami hijrah aye, diri aye.
Hati aye jadi lemah!

Apa mereka tahu apa aye lalui sebelum ini?
Aye sunyi.
Timbul rasa rindu pada zaman dulu.
Saat aye mula untuk putus asa dari hjrah ini.

"Sabar.. Allah bersama dengan orang sabar. Maafkan mereka yang buat kau sakit. Mohon maaf pada mereka, sama ada kau betul atau salah. Allah suka orang begitu. Memaafkan dan memohon maaf. Jika mereka tak mahu maafkan, biar. Hitung kau dengan diri mereka selesai, biar dengan Allah pula. Kau jangan pendam dan jangan berdendam. Kalau kau kuat. Kuatlah untuk Allah. Kau minta Allah kuatkan iman, Allah hantar banyak ujian untuk iman kau makin kuat. Sahabat, susah kau sekarang anggap ini saham akhirat iman dan pahala kau bakal ditimbang kelak. Jumpa dekat Syurga nanti."kata Sahabat.

Pesan diri. Semat dalam hati.
"Aku memilih memaafkan, dan sentiasa memohon maaf pada sesiapa salah atau tidak.
Kerana aku inginkan ketenangan. Kebahagiaan.
Tidak akan rugi jika diri aku begitu.
Tanpa dendam. Memendam yang merosakkan hati.
Aku bebaskan. Bebaskan semua.
Kerana hijrah illahi aku bukan hari ini, 
tetapi..
Selamanya."
AllahuAkbar.
"Qowiy lillahi taala" sekarang, aye pilih untuk begini.
Kalian dan kalian.
Mahu berkata apa?
Katalah..
Sungguhnya tiap bait kata kritik, cacian dan kutukan kalian itu,
malaikat kiri kanan ini akan terus mencatit.

Yang diam dan tenang, akan menang.





NSYAFQILA RUSLAN

Pakaian

Tipulah kalau cakap berjubah itu tidak panas.
Tipulah kalau cakap bertudung labuh itu tidak panas.
Lagi tipu kalau cakap berpurdah itu tidak panas.
Tambah-tambah kalau berpurdah hitam berjubah serta tudung besar waktu tengahari yang panas terik.
Mengalir peluh di setiap ini di muka hanya Allah sahaja yang tahu.

Kerna ku tahu.
Syurga itu indah.
Kerna ku tahu.
Syurga itu tenang dan untuk mukminin sejati was sobirin.

Panas di dunia itu seketika nak dibanding panas di akhirat yang selamanya.
Berpanas-panas sekarang, bersejuk-sejuk kemudian di Syurga Allah. 
Subhanallah..

Jadi aku ambil keputusan pilih jalan yang orang anggap bajet muslimah, bajet alim,
segala percakapan manusia, aku redahi.

Pakaian kita maruah kita.
Pakaian kita juga bawa nama agama islam kita.

Wahai kamu wanita yang rasa ingin berhijrah,
Abaikan dan jangan takut apa manusia akan berkata.
Tapi,
Takutlah jika nanti Allah berkata,
"Aku murka denganmu yang tidak menjaga kehormatan diri sewaktu di dunia dulu"




NSYAFQILA RUSLAN

Wednesday, December 23, 2015

Salam Maulidur Rasul

                   Kenapa kita sambut Maulidur Rasul?

Bergembira dengan rahmat Allah:
Iaitu bergembira dengan kelahiran Nabi Muhammad SAW 
(Rujuk Surah Yunus:58
Dan Al-Anbiya: 107)

Mencontohi perbuatan sahabat Nabi yang berhimpun semata-mata untuk berdoa,
bersyukur kerana dikurniakan hidayahNya untuk agamaNya,
Dan bersyukur kerana dikurniakan Nabi kepada mereka.
(Rujuk Surah As-Sunan Imam
Nasa'i, 5331, imam Ahmad,
16232)

Nabi menyambut hari kelahirannya sendiri dengan berpuasa setiap hari isnin.
Nabi SAW bersabda,
Mafhumnya;
"Hari isnin merupakan hari aku dilahirkan, hari aku diutuskan menjadi rasul,
dan hari Al-Quran diturunkan kepadaku."
Rabiul'Awwal..

Sebagai lambang kecintaan kepada Nabi SAW, sambutan maulid Nabi adalah sebagai satu
wasilah dalam merangsang kecintaan kepada Nabi.
Daripada Anas R.A
Meriwayatkan, bahawa Nabi SAW bersabda
Mafhumnya;
"Seseorang antara kamu belum beriman sehingga aku lebih dicintainya daripada kedua-dua orang tuanya, anaknya dan seluruh manusia."
(Riwayat Bukhari. no 15 dan
Riwayat Muslim, no 77)

Mencintai baginda adalah sebagai rahmat untuk diri kita sendiri.
kerana telah disebutkan di dalam Al-Quran dalam surah Ali'Imran ayat 31.
"Katakanlah, jika kamu mencintai Allah ikutlah aku (Rasulullah SAW)
nescaya Allah mengasihi dan mengampunkan dosa-dosamu. 
Allah maha Pengampun lagi maha Penyayang."

Antara ulama yang bersependapat bahawa sambutan maulidur rasul ini hukumnya sunat,
dan bid'ah hasanah ialah imam Abu Syammah, Imam Al-Hafiz Ibnu Hajar
Al-Asqolani, Imam Jalaluddin As-Suyuthi, Imam Ibnu Hajar Al-Haitami, Imam Al-Haj Al-'Abdari dan lain-lain.
Ulama kontemporari seperti Syeikh Yusuf Al-Qardhawi dan Syeikh Wahbah Al-Zuhaili juga menghukumnya dengan sunat.

Kerana baginda SAW sentiasa hidup di hati umatnya dan selamanya kekasih kita.

Rasulullah, 
mengenangkan dirimu,
hati ini selalu tersenyum
walau tak pernah bertemu dirimu
namun,
kau pasti menjadi ingatan di hati.

Indah nyaman malam ni, malam lahirnya Sayyidina Wamaulana Muhammad. Moga baginda mengenali kita di akhirat kelak.
Mari bersama berselawat ke atas Muhammad, pada hari kelahirannya 12 rabiul awwal.

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد

صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
يَا نَبِيْ سَلاَمٌ عَلَيْكَ
صَلَوَاتُ الله عَلَيْكَ
يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيْكَ
يَا حَبِيْبُ سَلاَمٌ عَلَيْكَ
أَشْرَقَ الْبَدْرُ عَلَيْنَا

قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُوْرِ
فَاخْتَفَتْ مِنْهُ الْبُدُوْرُ
مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا
أَنْتَ نُوْرٌ فَوْقَ نُوْرٍ
أَنْتَ شَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ
يَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّد
أَنْتَ إِكْسِيْرٌ وَغَالِي أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُوْرِ يَا حَبِيْبِيْ يَا مُحَمَّد يَا عَرُوْسَ الْخَافِقَيْنِ يَا إِمَامَ الْقِبْلَتَيْنِ
مَا رَأَيْنَا الْعِيْسَ حَنَّتْ
مَنْ رَأَى وَجْهَكَ يَسْعَد يَا كَرِيْمَ الْوَالِدَيْنِ حَوْضُكَ الصَّافِى الْمُبَرَّد وِرْدُنَا يَوْمَ النُّشُوْرِ بِالسُّرَى إِلاَّ إِلَيْكَ
وَصَلاَةُ الله عَلَى أَحْمَد
وَالْغَمَامَةْ قَدْ اَظَلَّتْ وَالْمَلاَ صَلُّوْا عَلَيْكَ عَالِمُ السِّرِّ وَأَخْفَى مُسْتَجِيْبُ الدَّعَوَاتِ رَبِّ إرْحَمْنَا جَمِيْعًا بِجَمِيْعِ الصَّالِحَاتِ
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
عَدَّ تَحْرِيْرِ السُّطُوْرِ أَحْمَدُ الْهَادِي مُحَمَّد صَاحِبُ الْوَجْهِ الْمُنِيْرِ صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
 

Couple



Rata-rata sekarang ni bercinta dah bukan guna istilah couple dah. Tapi guna ayat couple islamik. Tunang ikut islam. Tanpa ikatan sah. Hanya sekadar dua kata setuju ingin bernikah tapi keluar bersama tanpa batas dijaga.

Couple islamik tidak pernah wujud dalam islam. Matlamat tidak menghalalkan cara. Couple islamik hanyalah selepas melafazkan sakinah yang mulia iaitu ijab dan kabul.

Disini aye ingin kongsikan kisah benar yang terjadi pada teman aye,

"Kau yakin dia betul-betul sayang kau?
Kau yakin dia ialah orang yang Allah dah takdirkan untuk bersama kau?"

"Yup, aku yakin dia betul-betul sayang aku sebanyak mana aku sayangkan dia. Aku dah lama dengan dia. Dah bertahun-tahun. Aku kenal dia. Aku faham dia.
Dan dia memang lelaki terbaik yang hadir dalam hidup aku. Dia tak akan tinggalkan aku. Dia pernah janji."

Katanya.. Bila Allah pilih kita untuk diberikan ujian, kita hampir tersungkur tak mampu berdiri. Hilang harapan. Hilang punca. Hampir putus asa.

Seolah-olah itulah penamat. 
Seolah-olah dunia sudah berakhir.
Sesekali Allah uji kita tapi kita cakap, aku tak pernah bahagia.
Sesekali kita menangis tapi kita cakap, aku jarang ketawa.
Sesekali kita kecewa tapi kita cakap, aku tak pernah berjaya.

Banyaknya nikmat Allah yang kita lupakan tetapi ujianNya yang sedikit itu yang kita hiraukan. Di mana syukur kita?
Sedangkan hakikatnya ujian itu juga adalah salah satu rahmat dan tanda kasih Allah pada kita.

Kerana apa?
Kerana kita letakkan terlalu tinggi keyakinan pada seorang manusia. Hampir 100% mungkin.
Kita yakin dia tak akan tinggalkan kita.
Kita yakin dengan tempoh perkenalan yang sudah bertahun itu, kita benar-benar mengenali siapa diri dia. Kita yakin dia milik kita selamanya.

Sehebat mana pun perancangan kita sebagai manusia, jangan terlupa perancangan Allah itu lebih hebat daripada segala-galanya.
Bila segala perancangan kita tak menjadi seperti yang diharapkan, senyumlah dan ingatlah. Manusia merancang dengan cita-cita, tapi Allah..
Merancang dengan cinta.

Never put the key to your happiness in somebody else's pocket.

Yang berkahwin, berkongsi bahagia berpuluh tahun pun ada yang bercerai-berai apatah lagi kita yang hanya bergantung harap pada janji yang belum pasti.
Tanpa ikatan...

Kita nak kongsi satu video dari Prof Dr Muhaya tentang cinta couple, 
selamat menonton. Jangan sia-siakan. Ingat! ;)








NSYAFQILA RUSLAN

Personality


Jangan ingat dia tidak bertudung labuh, berpakaian biasa.
Awak boleh hukum seperti dia pendosa dan awak tiada dosa.
Walau dia tidak bertudung labuh.
Tidak semestinya bertudung labuh semuanya itu baik.

Jangan ingat dia freehair, tidak bertudung.
Awak boleh hukum dan mengatakan neraka tempatnya. 
Sedangkan seorang pelacur layak ke Syurga.
Walau dia freehair, tidak bertudung.
Tidak semestinya dia jahil bab ilmu agama.
Siapa sangka dia lagi hebat dari kita.

Bermacam aye jumpa, dan expectation aye rasa orang jahil yang berubah jadi lebih baik kadang adalah lebih baik dari orang yang dah sedia baik.
Tapi sayang, akhlak tiada, ikhtilat entah ke mana.

Kita bukan Allah.
Untuk menghukum orang based on their personality, pakaian mereka, in hijab or not, cover the aurah or not.
Its our choice.
To be better or to be just like them.

Tiada manusia yang cukup sempurna untuk tidak membuat salah.
Berkatalah yang baik.
Jaga mulut.
Jaga lidah.
Jangan disebabkan lidah, kita masuk ke neraka.

Allah.. Siapa tahu dia freehair tapi solatlah dia paling on time. Bila azan lah dia yang ajak kita solat sekali.
Siapa tahu walau dia freehair, dia jaga solat, dari situ automatik segala akan ikut berhijrah sikit demi sedikit.
Kita yang dah sah tutup aurat ni, solat pun lewat-lewat waktu. Malu rasanya malu.

Walau sempurna mana solat kita.
Walau sempurna mana baik budi kita.
Kita masih tidak berhak menghukum.
Sebab kita bukan Allah.

Dan berterima kasih kepada mereka yang pilih jalan untuk berhijrah bermula dari bawah. Banyak aku belajar.
Tidak semestinya kena berpurdah untuk berhijrah. Asalkan menutup aurat seperti yang dituntut Tuhan.

Ada orang dia tiada sokongan untuk berubah tapi dia bersungguh untuk berubah.
Dan...
Ada orang dia dari background keluarga agama, sokongan tidak pernah henti. Tapi dia tak nak berubah.

Malu jika anda yang kedua.

Tepuk dada, tanya iman.




NSYAFQILA RUSLAN

Masa Lalu

Aye percaya, setiap dari kita punya cerita berbeza.
Malah aye percaya, bukan setiap dari kita.
Punya jalan plot cerita, yang indah dari mula.
Ada mungkin.

Hidupnya bermula derita. Tapi di pertengahan jalan cerita.
Dia disinari dengan cahaya bahagia.
Hidayah dari Tuhan yang Maha Esa.
Ada mungkin juga.

Hidupnya bermula bahagia. 
Tapi diuji Allah di tengahnya. Lalu hilang dia sesat dalam gelita. 
Dalam dunia yang sementara.

Derita.
Atau bahagia.

Permulaan cerita kita.
Itu tidak penting sebenarnya.
Kerana yang didambakan akhirnya.
Adalah pengakhiran yang sempurna.
Biarpun dulu dia ada detik hitamnya.

Apa kalian lupa?
Allah menerima taubat hambaNya.

Taubat apa?
Taubat Nasuha.

Pintu taubat Allah seluasnya dibuka.




NSYAFQILA RUSLAN

Jiwa



Bila kita berubah kerana Allah.
Allah akan hantar orang-orang yang baik bersama kita.
Jujur..
Hati dapat merasa.

Saat hati terasa benar-benar penat dengan dunia. Saat hati rasa kosong dengan dunia. Saat hati terdetik untuk berubah. Saat hati terasa sukar untuk mengungkap. Saat hati mula memandang yang hati perlu kenal islam.

Saat itu, Allah beri tempat baru.
Allah beri kawan baru.
Allah beri perubahan baru. 
Alhamdulillah.
Walau terkadang diri ini terpesong.
Walau terkadang diri ini lalai.
Tetapi ada sahabat yang membetulkan.
Pernah hati rasa give up.
Penat dengan "pandangan dan nilaian" orang sekeliling, namun "bulatan gembira" tak pernah mengecewakan.





Bulatan gembira

Perlunya hati untuk terus kuat.
Perlunya hati untuk terus berdamping dengan sahabat soleh.
Perlunya ada sesuatu yang boleh menyelamatkan saat jatuh.

Berubah itu mudah, istiqomah itu payah.
Berkata dan menulis itu mudah, beramal itu payah.
Saat futur, tulisan sahaja yang mampu menguatkan jiwa ini.
Dengan harapan semua yang mampu menguatkan jiwa ini.

Sahabat, terima kasih selalu ada.




NSYAFQILA RUSLAN



Muslimah

Assalamualaikum alaik.. Ingin ku cerita perjalanan yang membawa ku hingga kini, jalan liku yang aku hadapi. Rataplah, fahamlah, aku juga sepertimu, jahil tapi Allah maha Mengasihi membawa ku sampai sini..


Buat kaum hawa yang aku sayangi.

Dari tak pakai tudung, mula memakai.
Dari tudung singkat, mula labuhkan tudung.
Dari tangan terdedah, mula ditutup baju lengan panjang.
Dari ditutup dengan baju, mula pakai sarung tangan.
Dari kaki terbuka, mula tutup biar tak terdedah dengan stokin.

Ingat senang ke semua tu? Ingat mudah ke nak tempuh semua tu? Belum lagi tempuh cacian orang, belum lagi tempuh pandangan sedara mara, belum lagi tempuh kritikan kawan-kawan.
Ya, semua tak mudah.

Dalam perit menerima kritikan dan kejian, nak tahu apa yang paling perit bagi orang yang cuba berhijrah mencari sekelumit redha Allah? Yang paling perit adalah, bila orang pandang kita baik, pandang kita sempurna, pandang kita cukup terjaga. Sedangkan hati masih dicemari dosa-dosa. Sedangkan ilmu masih lagi tak ada apa-apa. 

Lagha sini sana.
Kpop merata-rata.
Ikhtilat entah kemana.
Gelak tak ingat dunia.
Sedangkan orang ingat, muslimah bertudung labuh itu tinggi ilmunya.
Muslimah berpurdah itu baik akhlaknya,
Muslimah tutup itu sempurna orangnya.
Sedih bukan dianggap begitu?
Sedangkan diri tak seindah itu. Orang yg memandang itu tak tahu. 
Apa yg muslimah itu rasa, apa yg muslimah itu tempuh.
Dalam waktu-waktu dia mencuba. 

Orang itu tak tahu.
 Muslimah itu kadang-kadang rapuh.
Kadang-kadang jatuh.
Kadang-kadang tak utuh.
Kadang-kadang menyimpang jauh.
Muslimah itu,
kadang-kadang tersasar. 
Kadang-kadang lebih berdosa dari pendosa.

Orang itu tak tahu.
Muslimah itu juga sedang berperang melawan nafsu dunia.
Kerana dia sedar, hatinya tidak sejernih yang orang lain kata.
Dia berusaha mencapai harapan orang-orang yg berharap tinggi padanya.

Tabahlah muslimah, andai jalan itu yang dipilih.
Allah telah pun memelihara kita.
Allah telah menjaga kita.
Lalu, ia terpulang pada cara kita menjaga apa yang Allah jaga untuk kita.
Hidayah Allah itu perlu dicari.
Bukan di nanti, cari sejauh mungkin.
Gali sedalam-dalamnya.
Lalu, bila ia telah pun di temui.
Ia juga terpulang pada diri sendiri.
Sama ada nak grab dan terus mencari redha illahi.
Atau biarkan saja hidayah itu pergi.



NSYAFQILA RUSLAN 

Tuesday, December 22, 2015

khidmat

Salaamun alaik..
 Okay masih bersengkang mata, kali ni bukan bersengkang mata sebab assignment tapi sebab aktiviti yang nak kena buat dekat kampung. YaRabb, tak sangka idea macam tu mak sokong, siap suruh buat kertas kerja pastu jumpa tok ketua bincang ni semua, mak kata cik Termizi mesti suka sebab ilmu agama, kem motivasi macam tu siapa tak suka. Tapi niat di hati nak buat untuk anak-anak kampung yg aye anggap macam adik-adik dah. Bukan apa kesian dengan kehidupan dorang, bila tolong mak kat kedai, dorang datang dengan baju pon ala kadar, koyak sana koyak sini. Agaknya dekat negara yg memerlukan macam manalah ye? Bersyukur sangat hidup masih ada mak ayah yang perihatin.. 

Ada setengah tu datang bawa adik, bila tanya mana mak dijawab entah, mana ayah dijawab hilang. Sedihnya, bayangkan budak yang tak tahu apa-apa jawab macam tu, Allahurobbi.. Ada sorang tu mak kena tangkap atas pengedaran dadah, Allahu nak menangis rasa, tak kesian ke dengan anak yg dah 3 orang tu, kenapa macam tu? Perancangan Allah hebat, cuma doakan mereka supaya tak mengikuti jejak ayah dan emak mereka dan mengharapkan akan datang hidup mereka lebih bersinar, sebab tu nak buat kem motivasi dalam kampung ni, sehari pun dah cukup, pengalaman hidup di Shah Alam semasa usrah, ceramah, kem motivasi semua mengajar aye supaya jadi manusia yang sentiasa bersyukur dengan penerimaan manusia, setengah itu menghina, mengkritik, merekalah judgemental terhebat, Subhanallah.

Datang seorang kanak-kanak dgn adik yang kecil dalam lingkungan 2tahun macam tu, naik motosikal. Bila mak cerita mak dan ayah mereka dah bercerai, apa matlamat hidup si anak nanti, mahu teruskan pembelajaran, jadi pemalas, bangun dan kejar cita-cita, Allahu'Allam, Allah maha Mengetahui, hanya mampu mendoakan yang baik untuk masa depan kalian semua wahai adikku. Sabarlah ye, aye akan buat satu kem untuk kalian semua supaya suatu hari nanti kalian akan menjadi anak yang berguna yang menjadi contoh tauladan kepada yang memandang kalian hanya sebelah mata, kasihan hanya kerana anak kehilangan ibu yang bercerai, yang ditangkap. Sabarlah pasti ganjaran kalian indah jika mengikut syariat Allah. Aye akan berbakti kepadamu adik-adik ku. 

Dalam misi macam ni memerlukan sukarelawan yg ikhlas ingin membantu jadi tulang belakang aye untuk membangunkan semangat adik-adik ni, cuba memadamkan masalah keluarga yang dihadapi, cuma memadamkan sifat tak elok dalam diri sebelum merebak lebih mendalam. Aye tahu kawan-kawan mak akan sokong apa aye ingin buat, aye tahu pada permulaan akan ada yang berkata, siapa aye nak halang mulut orang, aye cuma mahu mereka jadi orang yg berguna. Allah tahu niatku, niat yang baik inshaa'Allah Allah akan permudahkan. Dalam memikirkan hal begini, banyak yang kena fikir misi untuk aktiviti ini, malah visi juga penting. Isi-isi aktiviti ini manfaat ataupun hanya ala kadar. Takpa, aye akan cuba cari masa untuk kalian semua adikku sayang supaya kalian semua berbakti kepada mak ayah, tak kira masalah apa pun yang dihadapi. Allah tak sabar ingin membantu kamu semua. Esok akan buat perjumpaan dengan ketua kampung, memandangkan mak naib pengerusi, lagi senang kerja untuk membuat aktiviti begini. Doakan semoga Allah permudahkan urusan aye ini.. Allahuma Aamiin..








NSYAFQILA RUSLAN

Favorite Song




Saat mendengar lagu ini, terkenang dosa padaMu yaAllah.. Menitis airmata si pendosa ini.. Sayu apabila mendengarnya, apatah memahami setiap babit lirik.. Aku pendosa tanpa henti yaRabb, ampuni lah aku! ;'( My favorite song, bila terkenang buat silap or salah lagu ni bermain 24jam, Subhanallah...

detik waktu terus berjalanberhias gelap dan terangsuka dan duka tangis dan tawatergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepihadir bagai teman sejatidi antara lelahnya jiwadalam resah dan air matakupersembahkan kepadaMuyang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkahkadang tak setia kepadaMunamun cinta dalam jiwahanyalah padaMu

maafkanlah bila hatitak sempurna mencintaiMudalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta


detik waktu terus berlalusemua berakhir padaMu







NSYAFQILA RUSLAN






Kebenaran

Assalamualaikum pengunjung bloggie.

Maafkan diri ini tidak dapat menceritakan tentang kawan kerana ada hal yang tak dapat dielakkan.
Ye masalah peribadi. Allahurabbi sakit. Takpa Qila, sakit tu penghapus dosa-dosa mu.. Pada hari ini juga aye dapat tahu kebenaran yang sebenar, kebenaran yang aye tak pernah sangka, kebenaran yang tak pernah aye anggap akan terjadi sekarang ketika umur aye ingin menjejak 21tahun.

Allahu Allah!
 Kalau ini kifarah dari mu yaAllah aye redha.

 "Atok, atok pergi terlalu awal untuk tahu kebenaran, sampai atok pergi buat selamanya kebenaran masih belum terbongkar sampailah Qila tahu sendiri tok. Tok, kalaulah atok masih hidup mesti atok akan tengok apa yang berlaku sekarang. Buktinya tok, tokwan. Tokwan nak Qila ja tok, dia taknak cucu yang dia jaga dari kecik tok, cucu yg atok jaga dibelai diberi kasih sayang dan segalanya. Cucu yang jahat yang nakal inilah segalanya sekarang tok. Atok tahu tak masa Qila buat coretan ni Qila menitis airmata tok. Masa kakyong cerita dalam kereta tadi pun Qila dah menahan airmata ni dari mengalir tok. 
Betapa egonya Qila ni kan tok? Qila taknak org tengok Qila lemah tok. Kenapa atok pergi awal sangat. Kenapa tok? Qila taknak putuskan silaturrahim tok apatah lagi berdendam dengan darah daging sendiri. Taknak tok! Tapi sakit dia Allahurabbi.. Qila dah ampunkan semuanya tok, Qila dah ampunkan tapi untuk melupakan susah sangat tok. Sakit dia sampai lubuk hati tok. Lagi-lagi bila kakyong whatsapp mamat 'kalau aku jadi Qila sampai sekarang aku berdendam dgn wan.' Allahu tok, Qila lemah tok. Tapi sheikh Ali pernah cakap kalau 'memaafkan tapi tak dapat melupakan itu tidak pernah ikhlas memaafkan' betul ke tok? Atok, apa salah Qila tok. Lagi Qila mengelak lagi benda tu muncul. Qila lemah. Lemah selemahnya tok."

Aye tak pernah berdendam dgn sesiapa, sebab aku ikut mak hati lembut. Tak mudah benci orang, sering memaafkan orang lain. Emak tak pernah ajar untuk berdendam, melepaskan seharusnya dari memendam. Aye jatuh sekali lagi. Allahu.





NSYAFQILA RUSLAN

kifarah

Nak kongsi cerita pasal kifarah, dengar makcik-makcik ni berceloteh masa datang kedai nak membeli barang. So dorang sembang pasal anak orang ni lepastu anak ni, tertegur makcik tu "gosip doplohpatjam, kalau salah kira fitnah sebab memandai, bukannya kita nampak betul ke tak." mesti makcik tu rasa annoying, tapi tetap kena tegur, yelah kita yang dengar tanggung dosa, tak kiralah tua ke muda, nanti dekat Sana nak jawab apa depan Allah? Suka dengar mereka celoteh tapi bukan perihal anak orang tu baik ke buruk, kita ni bukan sentiasa betul, bukanya maksum dan kita memang tak sempurna, benda macam tu kita kena dekati bukan cakap belakang yang belum pasti kesahihannya. Takut terkena dekat anak sendiri, kalau boleh mengelaklah dari berkata benda yang tak betul. Okay back to the story, nak cakap pasal kifarah..

Apabila kita sebut pasal kifarah, maknanya ape kita buat ada balasannya. Kita buat baik walaupun sebesar zarah, jahat pun ditunjuk, baik pun ditunjuk. Kadang-kadang Allah simpan apa yang kita buat di hari kiamat baru nampak, ada yang di dalam kubur baru dibalasnya tapi kadang-kadang kifarah Allah tunjuk di atas dunia dan kita kena ingat kifarah yang kita dapat untuk menghapuskan dosa. Tangan kita kebas, sakit cuba ingat tangan ni pernah buat apa? Mungkin tangan ni pernah pegang tangan anak dara orang, mungkin tangan ni pernah tampar anak orang/sendiri, mungkin tangan ni pernah jentik kucing. Allah turunkan kifarah untuk hapuskan dosa kita, tangan kita sekarang tak berapa cantik, tak berapa sedap nak genggam tangan tak berapa elok. Sabarlah..... Itulah satu bentuk Allah nak hapuskan dosa kita. Itulah kifarah atas perbuatan kita.

Kalau ada buat salah, mohon maaf. Jangan terus dengan sifat benci, dendam, iri hati dalam diri. Allah murka, nabi lagi tak suka. Kita hidup dekat muka bumi ni kita nak cari apa sebenarnya? Betulkan niat semula, kita nak apa? Kenapa kita jadi macam ni? Saling bermaafan, saling tegur menegur, saling bersalaman, kan elok dari sebaliknya.. Allahu'Allam :)






NSYAFQILA RUSLAN