play song

Sunday, January 24, 2016

Stranger


Sejujurnya aye tak kenal awak.
 Awak muncul tanpa diduga, awak datang tanpa diundang.
Tak sangka dalam pertolongan yang diberi awak ambil kesempatan.
Aye minta tolong pada awak dulu sebab aye percaya awak, dan tak pernah sangka akan terjadi begini.
Aye bagi awak password twitter aye untuk awak tukar twitname aye bukan untuk awak jadikan bahan macam ni.

Awak nak tengok aye dm apa ye dengan manusia yang awak tak puas hati bukan?
Dah puas baca semuanya, dah puas tengok semuanya.
Ada ke kami bercerita tentang awak.
Awak jadikan benda macam ni jadi teruk, awak tahu dia cakap awak fake dan fake itu saya jadi makin hebat awak mainkan permainan ni. Bagus! 
Awak panggil kawan awak untuk back up diri awak, awak nak dia ada masa awak jatuh nanti untuk back up awak bukan?
Takpe, aye boleh baca pasal diri awak. Aye tahu semuanya.
Allahu Allah...
Kesian diri ini tak ada kesudahan diterima Ujian.
Sebab?
Sebab Allah sayang akan hambaNya.

Awak tahu, aye tiap malam berdoa pada Allah supaya baikkan kami kembali, aye penat nak bermusuh penat nak bermasam muka walau pun tak jumpa aye penat orang berdendam dengan aye dan aye penat orang tak puas hati dengan aye.
Aye bahagia bila dah berbaik, beban diri dah jatuh untuk diri aye. Allah dah perkenankan doa aye tapi muncul orang macam awak musnahkan anak-anak cucu Addam berbaik.
Tak rasa bersalah ke buat macam tu? Apa awak dapat buat begitu?
Qowiy Qila...
Awak tahu, jujur aye kata bila dah berbaik aye rasa bersyukur sangat.
Aye rasa macam dah tak ada apa yang akan jadi lagi.
Aye rindu untuk berbaik dengan dia walau pun setiap yang aye buat tu salah aye sendiri tapi apa awak tahu?
Jujurnya, aye rindu nak berkelahi dengan dia sebab apa?
Sebab dia layan je kerenah aye, aye susah nak ada kawan.
Susah orang nak faham tapi dia layankan je..
Awak muncul....
Tanpa kenal senang dibuat main hal begini.
Aye tak nak benci awak, aye tak nak tambah musuh lagi.
Cukuplah! Aye penat. Bagilah aye ruang..

Aye tak minta banyak, hentikan semuanya. Hentikan apa yang awak buat, awak dah menang untuk buat kami bergaduh, awak dah menang buat kami bermusuh kembali. Awak dah menang! 
Tak sangka masih simpan password twitter aye, tak sangka!
Dalam pada tu, awak ambil kesempatan dengan balas tweet guna twitter aye, awak hebat sangat. 
Tak pernah menyangka. Awak suka benda tu jadi macam tu, betul?
Awak suka orang berburuk sangka dengan aye jadi akhirnya jadi fitnah pada diri sendiri.
Allahu!

Aye berdiam bukan sebab aye mengalah, tapi aye tahu kalau bersuara tak akan menyelesaikan masalah malah masalah akan jadi teruk.
Aye tak kisah, aye dah maafkan awak since awak minta maaf dan mengaku kesalahan awak.

Zauji aye tak sudah suruh perbetulkan apa yang salah, tapi aye tak nak ikut hati nanti binasa jadi aye ambil keputusan untuk berdiam diri dan biarkan semuanya.
Aye tak nak hal begini dihitung diSana, aye tak nak!
Aye tahu kesilapan aye dekat mana, sebab terlalu percaya dekat stranger macam awak.
Terlalu mudah untuk percaya, terima kasih tak hack twitter aye.
Aye juga pernah suruh kak Eyja dan adik Aqilah tukar tapi tak pernah jadi macam awak.

Takpe, Allah ada. Allah saksi semuanya masa aye jatuh sampai macam ni sekali.
Nikmatnya nanti, kemenangan untuk diri aye.
Awak sakit hati dia berbaik dengan aye, awak buat macam-macam untuk kami bergaduh lagi.
Awak dah berjaya bukan dengan buat cara kotor begitu, guna tweet aye konon salah tweet.
Hati awak dah tenat. Dah hitam. Dah nazak. Dah sakit sangat.
Awak seronok atas kejatuhan aye? Awak tunggu hitung awak diSana.
Allah maha Mengetahui, maha Mengadili. Ingat itu!

Semoga awak dapat hidayah dari Allah dan meredhai setiap tingkahlaku awak yang buat ramai orang tak senang. 
Semoga Allah merahmati awak dan hidup awak.
Summa Aamiin.




NSYAFQILA RUSLAN


husnuzon or suuzon?

Lama dah tak menjengah, banyak hal bak kata orang. Bukan niat tak nak berbloggie, tapi macam-macam kerja dibuat. Dengan kenduri, hadir ceramah dan pelbagai. Nak kejar dunia kena seimbang cari akhirat.
Alhamdulillah, semuanya dipermudahkan oleh Allah yang maha Esa.
Syukran wa jazakamallahu yang bersama dengan aye.
Hari ni nak cerita tentang husnuzon dan suuzon. Tahu dua maksud ni? 
Kalau tahu senang kita nak berceloteh..

Husnuzon adalah berbaik sangka kepada orang lain, ini adalah perbuatan yang dituntut dalam Islam.
Kerana berbaik sangka ini lebih baik dan dapat mengelakkan dari menuduh orang lain berbuat jahat. Kata Saidina Umar bin Al-Khattab ra: 
"Jangan kamu membuat sangkaan terhadap satu kalimah yang keluar daripada seorang saudara mukminmu kecuali kebaikan selagi kamu masih ada cara untuk meletakkannya di tempat yang baik."

Orang yang berburuk sangka seolah memfitnah orang, kerana buruk sangkanya tidak mempunyai bukti yang kukuh, ini takut terjadinya fitnah. 
Kerana Islam sangat melarang umatnya memfitnah orang lain. 
Firman Allah yang bermaksud: 
"Dan janganlah Engkau mengikut apa yang Engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya (di akhirat) tentang apa yang dilakukannya." 
(Al-Isra : 36) 

Fadhilat berbaik sangka hubungan persahabatan dan persaudaraan menjadi lebih baik, 
ini bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama manusia. 
Ini juga mengalakkan manusia itu berpecah belah antara satu sama lain dan ia juga akan merugikan manusia itu juga. 
Mengelakkan daripada penyesalan dalam hubungan manusia sesama manusia kerana menuduh manusia lain tanpa bukti yang kukuh. 
Firman Allah yang bermaksud: 
"Wahai orang-orang yang beriman! jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum Dengan perkara yang tidak diingini dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) - sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan."
 (Al-Hujurat : 6) 

Selalu merasa bahagia atas segala kejayaan yang dicapai oleh orang lain walaupun kita sendiri belum berjaya. 
Ini bertujuan untuk mewujudkan sikap ingin bersaing antara satu sama lain. 
Kerana umat Islam yang mempunyai sikap ingin bersaing dengan orang yang telah berjaya akan mendatangkan keuntungan kepada semua umat Islam termasuk dirinya sendiri. 

Berbaik sangka terhadap perkara dusta tetapi ingat kalau kita melihat orang yang melakukan dosa atau kemaksiatan, kita bersikap husnuzon terhadap perlakuan mungkar orang tersebut, maka kita akan menanggung saham dosa kemaksiatan yang dilakukan oleh orang tersebut. 
Kerana Islam mewajibkan umatnya mencegah kemungkaran yang berlaku disekelilingnya dengan kemampuan yang ada pada kita. 
Hadis Rasulullah saw yang bermaksud : 
"Barangsiapa diantara kamu yang melihat kemungkaran, hendaklah ia merubah/mencegah dengan tangannya (kekuasaan) jika ia tidak mampu, maka dengan lidahnya (secara lisan), dan jika ia tidak mampu jua, maka dengan hatinya (merasakan tidak senang dan tidak setuju; tidak meredhai). Dan itu adalah selemah-lemah Iman"
(Di riwayatkan oleh Imam Muslim) 

Jelas di sini, bahawa Islam melarang umatnya menyokong perkara yang mungkar atau dusta, kerana perkara tersebut jelas melanggar hukum Allah dan larangan Allah. 
Contohnya kita melihat orang Islam di dalam kedai Sport Toto sedang membeli nombor ekor. Tetapi kita berbaik sangka kepada perbuatan orang Islam tersebut dengan mengatakan bahawa "itu jalan rezeki dia, biarlah…. dia juga nak cari makan."

Cegahlah segala kemungkaran yang berlaku di sekeliling kita dengan sedaya yang mampu, kalau mampu dengan tangan, maka ubahlah dengan tangan. 
Mampu dengan lidah, ubahlah dengan lidah, kalau dua-dua ini tidak mampu juga.
Maka ubahlah dengan hati (tidak redha dengan perbuatan tersebut) dan inilah selemah-lemah iman. 

Buruk sangka atau suuzon yang membawa maksud menaruh curiga kepada seseorang yang belum terbukti orang tersebut melakukan kesalahan. 
Islam sangat melarang umatnya berburuk sangka sesama Islam, kerana berburuk sangka akan mengundang malapetaka kepada orang tersebut. 
Biarlah syakwasangka itu berdasarkan bukti yang kukuh dan bukan sekadar memfitnah.
 Firman Allah yang bermaksud: 
"Dan orang-orang yang mengganggu serta menyakiti orang-orang lelaki yang beriman dan orang-orang perempuan yang beriman dengan perkataan atau perbuatan yang tidak tepat dengan sesuatu kesalahan yang dilakukannya, maka sesungguhnya mereka telah memikul kesalahan menuduh secara dusta, dan berbuat dosa yang amat nyata."
(Al-Ahzab : 58) 

Sesiapa yang mempunyai sifat buruk sangka kepada sesama Islam, maka ia wajib bertaubat dan beristiqfar kepada Allah swt. 
Dosa orang yang berburuk sangka adalah besar dan perbuatan jahat, setiap perbuatan jahat Allah akan mencampakkannya ke dalam neraka Allah. 
Firman Allah yang bermaksud: 
"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadaNya. (oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah penerima taubat, lagi Maha Mengasihani."
 (Al-Hujurat : 12) 

Orang yang berburuk sangka juga sama dosanya seperti memakan daging saudaranya yang telah mati. 
Jauhilah sifat penyakit hati ini, kerana ia juga dapat merugikannya juga. 
Kembalilah ke jalan Allah dengan sebenar taubat dan tidak akan mengulangi lagi perbuatan tersebut. 
Perkara buruk ini telah menjadi darah daging umat Islam sekarang ini terutama melayu Islam yang sentiasa iri hati dan bersangka buruk terhadap saudara Islamnya. 
Dengan menuduh orang melakukan perbuatan mungkar tanpa mempunyai bukti yang kukuh. 
Malah orang yang bersangka buruk itulah yang diagungkan sebagai orang yang hebat dan bijak. 
Inilah petanda akhir zaman kerana umat Islam tidak lagi berbangga dengan kerja-kerja amalnya dan mereka merasa besar dan gah dengan dosa yang dilakukan oleh mereka. 
Jika perkara ini tidak ditegah, maka ia juga akan merugikan semua pihak dan mengundang bala Allah yang datang tidak mengira darjat, iman dan bangsa. 

Sangka buruk yang harus umat Islam juga perlu bersangka buruk terhadap beberapa perkara. 
Contohnya soal keselamatan diri, seperti yang ditanyakan di atas, ternampak orang yang tak dikenali berkeliaran di persekitaran perumah pada waktu malam. 
Ini bukan kita menuduh, tetapi kita mengambil sikap berjaga-jaga dari berlakunya musibah-musibah yang tak diingini. 
Perbuatan sangka buruk seperti ini diharuskan, kerana ia menjaga keselamatan diri dan harta kita. 

Bersangka buruk terhadap prestasi pelajaran anak-anak, kerana mereka tidak membaca buku dan hanya main game dan menonton TV sahaja. 
Hasil dari sangka buruk tersebut, kita menghantar anak menghadiri kelas tusyen atau kelas tambahan untuk meningkatkan prestasi anak tersebut. 
Maka di sini merupakan sangka buruk yang menguntungkan semua pihak. 

Bersangka buruk terhadap pokok besar yang condong ke arah rumah kita, maka dengan sangka buruk tersebut kita mengupah orang untuk memotong pokok tersebut untuk menjaga keselamat rumah dan nyawa keluarga kita. 
Maka bersangka buruk seperti ini juga diharuskan. 
Pendek kata, bersangka buruk yang menguntungkan semua pihak tanpa mengorbankan pihak-pihak yang tertentu atau sebagai langkah keselamatan, adalah diharuskan untuk kepentingan semua pihak.

Bersangka buruk pada orang tak kenal di laman sosial yang menegur kita, mencari kesalahan kita sentiasa, maka dengan sangka buruk kita boleh mengelak dari benda yang tidak diingini terjadi.
Maka bersangka buruk seperti ini juga diharuskan.
Ini juga menguntungkan untuk diri sendiri dan orang lain agar terhindar dari fitnah yang tak pernah kita jangka.

Kesimpulannya, bersangka baiklah kepada semua orang.
Kerana sangka baik itu meguntungkan semua pihak dan perbuatan tersebut adalah perbuatan mahmudah (terpuji). 
Jangan sesekali bersangka jahat kepada orang, terutamanya saudara sesama Islam, kerana ia merugikan semua pihak dan dosanya juga besar. 
Jika ada orang yang mempunyai sifat ini, lekas-lekaslah beristighfar kepada Allah, kerana Allah menerima taubat hambaNya.






NSYAFQILA RUSLAN

Friday, January 15, 2016

Yang sudah itu sudahlah...



"Saya memang teruk! Banyak sangat dosa saya! Malu rasanya mahu diceritakan tetapi yang pasti saya memang teruk sangat! Entahlah, saya pun tidak tahu adakah Allah akan mengampunkan dosa atau tidak."

Begitulah luahan rasa seseorang kepada aye. Entah apa dosanya yang dikatakan teruk sangat itu tidak pula saya ingin bertanya. Yang sudah tu, sudahlah. 
Istighfar dan muhasabah.
Yang pasti, tatkala mendengar luahannya itu aye menumpang bangga. Kekesalan yang terukir membuktikan imannya masih ada. Bukti bahawa Allah begitu mengasihinya. Bukankah Allah pernah berfirman bahawa apabila Dia mencintai seseorang, pasti akan dikirimkan rasa berdosa di dalam hatinya?

Sedar. Manusia tidak dapat lari daripada melakukan dosa. Istighfar. Meski berbekalkan dengan akal, nafsu sering kali menang menjadi raja. Begitulah lemahnya kita. Namun Firman Allah dalam sebuah hadis Qudsi;

Demi Tuhan yang diriku berada dalam genggamanNya, seandainya kamu tidak berdosa nescaya Allah akan mematikan kamu. Kemudian Allah akan mendatangkan satu kaum yang melakukan dosa dan mereka memohon keampunan kepada Allah lantas Allah mengampuni mereka.
(Riwayat Muslim)

Lihatlah bagaiman Allah memujuk hati kita daripada tenggelam dalam putus asa kerana terlalu memikirkan dosa-dosa. Lihatlah bagaimana bersungguhnya Allah mahu mengingatkan kita tentang sifat maha PengampunNya. Subhanallah. Betapa indahnya hidup apabila bertuhankan Dia!

Allah tidak peduli betapa besarnya dosa-dosa kita. Allah tidak peduli berapa kerap kita melakukan dosa yang sama. Yang Dia mahu adalah penyesalan kita. Yang Dia mahu adalah kesedaran kita bahawa Dia ada! Dia sentiasa ada untuk mengampunkan dosa-dosa kita. Dia sentiasa ada untuk memberikan cahaya.

Sahabat fillahku, berusahalah sedaya upaya untuk menjauhi dosa. Namun terimalah hakikat bahawa sebagai manusia kita tidak akan pernah terlepas daripadanya. Biar sehebat mana kita mengatur langkah untuk berwaspada, pasti tergelincir juga sekali-sekala. Itulah bukti betapa lemahnya kita. Istighfar. Namun, jangan pula ia menjadi asbab untuk kita terus melakukannya. Luangkan masa untuk bangun malam dan berdua-duaan dengan Dia. Berusahalah meraih keampunanNya.

Teruskan berhati-hati . Andai jatuh, cuba bangkit kembali, biar pun hingga berkali-kali. Yang penting, jangan berputus asa. Selagi bernyawa, jalan untuk membersihkan diri sentiasa terbuka. Mulakan hari ini dengan senyum dan semangat. Mulakan hari ini dengan niat dan hasrat mahu menjadi hambaNya yang setia. Setia menjunjung segala perintahnya dan cuba menjauhi laranganNya. InshaaAllah, semoga Dia memandu kita.

Katakanlah: Hai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang maha Pengampun lagi maha Penyayang.
(Az-Zumar 39: 53)







NSYAFQILA RUSLAN


Apa faedahnya?


Kalau dahulu, kebiasaannya lebih popular dengan gelaran mulut laser. Sekarang sudah 'upgrade' kepada yang lebih berbisa. 'Mulut bau longkang', kata mereka. Alahai, macam-macam!
Namun, biar apa pun gelarannya, ia tetap merujuk kepada seseorang yang bermulut jahat. Celupar. Kalau dia bercakap, ada saja yang menyakitkan hati.
Okey, tidak perlu tengok orang lain. Masing-masing cermin diri sendiri.

Kita sendiri bagaimana? Mungkin bukan setiap masa, tetapi ada kalanya kita cukup teruji untuk termasuk ke dalam kategori ini. Laju menyindir orang lain. Lancar mulut melepaskan geram. Petah sekali mulut memulangkan paku buah keras. Tidak kira di mana pun, laman sosial atau berhadapan, ia tetap menjadi tak elok.

"Kau kecam orang, padahal orang ramai kecam kau."
"Macamlah kau bagus sangat, berubah pun tak ikhlas."
"Kau tu bukan bagus, pakai tudung labuh baju labuh tapi perangai tetap sama. Baik tak payah berubah, jadi macam dulu."
"Tweet semua acah mulia, murni padahal perangai macam setan."
"Cakap orang je lebih, padahal dia pun sama."
"Hati awak tak tenang, nak air zamzam saya boleh bagi. Tak pun pakcik saya boleh ubatkan."
"Dia buat sesuatu pun pakwe yang suruh."

Baiklah, sudah cakap sesuka hati seperti itu, apa yang kita rasa?
Puas hati?
Lega?
Jangan harap!
Hakikatnya, tidak akan pernah ada cahaya dalam kegelapan dosa. Tidak akan wujud ketenangan di hati orang yang suka benar menyakitkan hati sesiapa.
Percayalah!

Pada banyak masa dan ketika, sebenarnya adalah lebih baik kita berdiam diri sahaja apabila berdepan situasi yang membuatkan kita rimas. Ambil sedikit masa untuk berfikir sebelum mulut atau tangan kita laju membalas. 
Fikir!

"Kalau aku luahkan apa yang aku rasa, apa yang aku akan dapat? Hanya menyakitkan hatinya. Apa yang akan berlaku? Dia akan berkata nista berkata lagha kepada kita kembali. Apa kemudiannya? Tiada kesudahan. Hubungan persahabatan terlerai? Silaturrahim berkecai? Tekankan pada diri, amalkan silent treatment untuk diri sendiri. Kata selagi mampu, diam selagi boleh. Allah ada bersamaku."

Aduhai fillahku sekalian, sedaya upaya belajarlah untuk terus bersabar. Bukan semua perkara perlu diluahkan meski pun kita tahu ia adalah benar. Bukan semua soalan perlu diberikan jawapan. Bukan semua sindiran dan ejekan perlu dilayan. Ada masanya, kita perlu serahkan sahaja kepada masa. Biar Allah sahaja yang menjawabnya.

Aye ulang balik dialog para Sahabat dan Rasulullah.

"Mahukah aku ceritakan kepadamu tentang sesuatu yang menyebabkan Allah akan memuliakan binaan dan meninggikan darjatmu?"

Para Sahabat menjawab:
"Tentu sahaja, wahai Rasulullah."

Rasul bersabda:
"Kamu bersikap sabar kepada orang yang membencimu, memaafkan orang yang berbuat zalim kepadamu, memberi kepada orang yang memusuhimu, dan menghubungi orang yang telah memutuskan silaturrahim denganmu."
(RIWAYAT TABARANI)









NSYAFQILA RUSLAN

Kosong.. Kosong.. Kosong..

Pernahkah satu saat kita berasakan seolah-olah jiwa kita kosong, fikiran kita termangu-mangu dan kita seperti tidak punya apa-apa walaupun pada saat yang sama, sebenarnya kita ada banyak sebab untuk berasa bahagia?

Kembalilah mengingati Allah. Ambil sedikit masa untuk kembali bermuhasabah. 
Menangislah. 
Hati kita perlu dicuci dengan tangisan untuk menginsafi kelalaian kita sebagai seorang khalifah. Carilah segenap ruang yang ada di sekitar kita yang boleh dimanfaatkan untuk membantu sesiapa sahaja.

Berperananlah dengan sehabis daya dan upaya yang ada.
 Jika kita seorang ibu, bantulah diri kita agar menjadi seorang ibu yang ikhlas dan tabah melayan kerenah anak-anak kesayangan. 
Jika kita seorang isteri, jadilah isteri yang menyejukkan hati suami dan sentiasa membantunya tanpa banyak perhitungan.
Jika kita seorang sahabat, tinjaulah apa juga keperluannya yang boleh kita bantu setakat mana yang termampu.

Dengan menggembirakan orang lain, hati kita secara automatik akan menjadi sangat gembira. 
Dengan membantu orang lain, secara fitrahnya kita akan merasa diri kita berguna. 
Ingatlah, tidak ada pencuri yang menjadi kaya dengan hasil curiannya.
Tidak ada jiwa yang menjadi tenang dengan menyakiti hati orang.

Bersihkanlah hati kita. Ingatlah setiap masa, dunia in sentiasa membalikkan semula apa yang pernah kita lemparkan kepadanya. Jadi, lemparkanlah kebaikan, lemparkanlah senyuman, lemparkanlah bantuan, kerana setiap masa, kita memerlukannya kembali kepada kita.

Berazamlah dengan sepenuh hati. 
Hari ini, aku ingin menjadi manusia yang bersih hatinya, aku tidak mahu memandang rendah kepada sesiapa, aku tidak mahu merasa benci atau dengki kepada manusia, dan aku mahu menjadi hamba Allah yang sentiasa sedar tentang kekurangan diriku sendiri daripada menjadi manusia yang leka memperkatakan kesilapan dan kekurangan sesiapa.

Katakan kepada diri kita, setiap manusia di persekitaranku tidak Allah jadikan sia-sia, mereka adalah aset dan harta yang Allah bekalkam kepadaku untuk menambah pahala sebagai bekalku ke syurga. Kerana itu, aku ingin hidup tenang tanpa memusuhi mereka.

Dan berdoalah.
"yaAllah, bantulah aku agar sentiasa mengingatiMu. Bantulah aku agar sentiasa berselawat untuk kekasihMu. Bantulah aku agar mengasihi dan mengasihani orang-orang di sekitarku. Satukanlah hati-hati kami keranaMu. Allahuma Aamiin, yaRabb. 
Aamiin. Summa Aamiin..."


Sesungguhnya Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (terhadap musuh), kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Sampaikanlah khabar gembira kepada orang sabar.
(Al-Baqarah 2: 155)






NSYAFQILA RUSLAN

Thursday, January 14, 2016

Letakkan Allah di depan

Manusia merancang. Allah juga merancang. Sudah semestinya perancangan Allah jauh lebih hebat mengatasi segala perancangan manusia. Begitulah. Masalah yang kita hadapi sampai bila tiada kesudahan. Di setiap yang berlaku mesti ada penyelesaian. Tapi jangan terus mengalah dalam menyelesaikan masalah. Allah hantar manusia atau sesuatu yang berlaku dalam hidup kita untuk uji kita. Dalam kekalutan yang berlaku dalam diri, entah kenapa, Allah campakkan rasa tenang di dalam hati. Aye seolah-olah sudah kalis dengan ujian sebegini. Allah akan bantu. Aye tahu. Dia pasti akan bantu. Di dalam hati, aye terus bermonolog sendiri.
"yaAllah! Engkau uji lagi aku kali ini. Aku redha, yaAllah. Namun bantulah aku mengatasinya."

Tatkala itu, sudah tidak mampu berfikir apa-apa, tak terfikir akan bergelut dalam hal kecil, pergaduhan manusia yang Allah tak memberi, tapi manusia menerima dan memperbesarkan. Allahu Allah. Hanya bertawakal sahaja. Dalam hati penuh yakin inshaaAllah pergaduhan ini akan terlerai, Allah ada untuk membantu, serah padaNya. Nak bahagia mestilah kena rasa pahitnya dulu. Dengan penuh keyakinan yakin dengan janji Allah bahawa sesiapa yang bertawakal kepadaNya pasti akan dicukupkan keperluan mereka.
Kalau kita sedang memandu, tiba-tiba ada sebuah kereta meluncur laju dan tanpa sengaja menghentam belakang kereta kita. Apa yang kita rasa? Macam hendak menghentam muka pemandunya? Apa yang kita akan buat? Keluar dari kereta, menunjukkan muka bengang dan benci? Mempamerkan emosi sakit hati? Siapa yang kita sedang marah?
 Pemandu kereta yang cuai itulah!
Tetapi adakah kita sedar?
Di depan pemandu itu ada Allah!
MasyaAllah!
Allah rupanya yang mengatur kemalangan itu. Pemandu itu asbabnya sahaja. Allah rupanya yang mahu menguji kita. Pemandu itu cuma perantara. Benar dia cuai, tetapi kalau dia cuai sekalipun, kemalangan itu tidak mungkin berlaku tanpa aturanNya. Jika dia sengaja sekalipun, bencana itu tidak akan terjadi tanpa izin daripadaNya.
Astaghfirullah... 
Kita tahu hakikat itu. Namun, kadang-kadang dalam kita ralit melayan emosi, kita terlupa siapakah 'dalang' dalam segala perkara yang menimpa kita. Kita lupa bahawa Allah yang Maha Berkuasa mengatur segala-galanya.
Bersabarlah muslimin & muslimat. Belajarlah menerima hakikat. Apa juga yang sedang menyakitimu ketika ini, ia adalah di bawah kuasa dan keinginan Allah. Dialah yang sedang mengujimu untuk menjadi asbab terhapusnya dosa-dosamu, juga untuk menjadi asbab kepada tingginya martabatmu. Dia yang menjadikan ujian ini sebagai satu jambatan dan batu loncatan untuk beroleh sesuatu yang lebih baik bagi hidupmu dan bekal akhirahmu. Jadi, belajarlah mengawal perasaan. Letakkan Allah di hadapan, dan lihatlah betapa cepat kadar tekananmu berkurangan.
Bersyukur kerana Allah cukupkan lagi keperluan aye. Kita ni manusia yang cukup lemah. Biar sehebat manapun persediaan kita, kita sentiasa memerlukan bantuan daripada Allah. Tidak boleh terlaku yakin dengan diri sendiri. Tidak boleh terputus pergantungan kita terhadap Dia dalam apa juga perkara. Begitu juga, kita sentiasa memerlukan bantuan daripada orang lain kerana diri kita ini tidak sempurna. Ada kekurangan kita yang mampu dipenuhi oleh orang lain dan ada kelebihan kita yang mampu memenuhi keperluan orang. Begitulah Allah mengatur dunia.
Kerana itu, harus sedar bahawa biar serapi mana pun perancangan kita, takdir Allah sentiasa  mengatasinya. Aye sudah melaluinya berkali-kali dan aye akur pada ketentuan Illahi. 
Subhanallah!
Betapa dahaganya kita dengan pertolongan Allah.
Tidakkah kelelahan, penyakit, gelisah, duka dan kesedihan menimpa seorang Muslim bahkan sekadar duri yang menyusuk kulitnya, melainkan Allah menjadikan semua itu sebagai penebus kesalahan-kesalahannya.
(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Jika Allah menimpakan engkau dengan suatu kemudaratan kepadamu, maka tidak ada yang dapat menghilangkannya kecuali Dia. Dan jika Allah mengkehendaki kebaikan kepada kamu, maka tidak ada yang dapat menolak kurniaanNya. Dia memberikan kebaikan itu kepada siapa yang dikehendakiNya antara hamba-hambaNya dan Dialah yang maha Pengampun lagi maha Penyayang.
(Yunus 10: 107)






NSYAFQILA RUSLAN

Wednesday, January 13, 2016

Mencari hakikat kehidupan


Sering tertanya apa agaknya status emosi kita ketika ini?
Mungkin kita sedang rasa gembira yang teramat sangat, atau barangkali sedang bersedih, murung, geram, kecewa atau boleh jadi juga kita hanya rasa hambar sahaja. Seperti tidak 'rasa' apa-apa.

Begitulah.. Perasan atau tidak, sebenarnya, kita sentiasa bergelumang dengan 'rasa-rasa' seperti itu, sekejap kita sedih sekejap kita gembira sekejap rasa marah sekejap lagi kita sudah boleh tersenyum dan ketawa berdekah-dekah. Kerana itu, biar apa pun perasaan kita sekarang ini, pujuklah hati. Perasaan itu tidak lama. Sekejap ada, sekejap sirna. Sekejap datang, sekejap lagi hilang.

Hakikatnya, dalam mengendalikan hati, kita mesti sedar satu perkara. Tidak sempurna kejadian seseorang manusia, jika tidak diuji oleh Tuhannya. Firman Allah menerusi kalamNya yang mulia jelas mengingatkan kita bahawa manusia akan sentiasa diuji. Bukan sekali, malah berkali-kali. Jika diandaikan kita berada di tengah lautan, tentu kita tahu bahawa pada bila-bila masa sahaja kita akan dipukul gelombang. Tatkala ia datang, memang kita terpaksa berhabis-habisan tenaga untuk menghadapinya.

Namun pengalaman kita sendiri sudah cukup menjadi bukti. Bukan setiap masa kita diuji. Ada masa-masanya, keadaan tenang sahaja. Kita sempat menarik nafas lega. Kita sempat ketawa dan tersenyum gembira. Cuma, sudah tentu putaran itu akan terus berulang. Laut yang tenang, sudah pasti akan kembali dipukul gelombang. Namun, antara sela gelombang yang menghempas dan rasa damai yang bertunas, ternyata hingga ke hari ini, kita terus menghela nafas.

Kalau kita sedar hakikat itu, mudahlah bagi kita memujuk hati. Tatkala hati kita membara-bara berdepan dengan kemarahan, mudahlah bagi kita membawa hati kembali pada Tuhan. Tatkala kita diasak kesedihan, mudahlah bagi kita memberi kefahaman kepada fikiran. Ini ujian. Aku sedang diuji, dan aku mahu lulus ujian ini.

Manusia ialah sebaik-baik kejadian. Itu jaminan Allah. Jika seorang manusia mampu mengendalikan hatinya sering kehendak Yang Maha Esa, maka dia jauh lebih mulia daripada para malaikat yang tidak pernah melakukan dosa. Namun, bukan mudah untuk sampai ke tahap itu. Mengalahkan musuh yang nampak sahaja pun sudah terasa letihnya, apatah lagi berdepan dengan musuh yang tidak ketara. Setiap masa kita terpaksa bergelut dengan bisikan syaitan yang tidak pernah berputus asa. Ditambah pula dengan bisikan nafsu yang celaka. MashaAllah, semua itu cukup meletihkan diri ini!

Namun Allah yang Maha Sempurna membekalkan kita dengan fitrah. Fitrah untuk sentiasa bermujahadah. Dalam pada kita hanyut seketika melayan nafsu, dijentiknya kita agar kembali kepada fitrah itu. 
Ingat Allah! Ingat Allah! Ingat Allah!
Hanya dengan mengingati Allah, yang tersungkur, mampu bangkit kembali. Yang tergelincir mampu kembali berdiri.

Begitulah putaran kehidupan seorang manusia, hingga sampai ketikanya di mana semuanya sudah berakhir buat kita. Masa yang diberi sudah tamat tempohnya. Nyawa yang dipinjamkan perlu diambil semula. Sebelum detik itu tiba, kita perlu yakin dan percaya bahawa, hidup ini adalah medan ujian. Kemarahan dan kesedihan yang kita lalui adalah ujian. Bahkan harta dan kesenangan juga adalah ujian. Dia mahu melihat bagaimana kita berdepan dengan segala ujian. Semakin mendekat kepadaNya atau semakin hilang pedoman?

Sebab itu, kalau ketika ini kita sedang bersedih dan menderita, pujuklah hati untuk menerima ujian itu dengan gembira. Benar, sepatutnya kita gembira setiap kali menerima ujan. Sungguh! Ujian merupakan petanda bahawa kita sedang dalam perhatian. Tahukah kita bahawa perempuan sufi bernama Rabiatul Adawiyah menangis dan merintih kalau sudah lama tidak sakit atau diuji dengan kesusahan? Lihatlah, bagaimana dia begitu bimbang dilupakan Tuhan. Lalu, kita bagaimana pula? Tidakkah terdetik rasa malu di hati tatkala mulut lancar sekali mengeluh ketika diuji?

Cuba memujuk hati, ajak hati untuk tenang dan melupakan segalanya. Kalau mahu menangis pun, menangislah sepuas hati kita. Sememangnya Allah mencipta air mata untuk digunakan oleh manusia. Lepaskan semua yang terbuku di hati. Namun, apabila tekanan berasa lega, pujuklah hati sendiri. Ujian ini tanda kasih sayang Allah pada kita. kesedihan tidak kekal selamanya. Ia akan berakhir. Ada tempoh tamatnya. Selepas semua penderitaan ini, kita pasti akan tersenyum semula dan ketawa seperti biasa. Bukankah sering dikhabarkan kepada kita bahawa hidup ini ibarat putaran roda? Sekejap kita di atas, sekejap lagi kita di bawah. Sekejap tadi kita bersedih, sekejap lagi okaylah...

Sebaliknya pun begitu juga. Kalau ketika ini kita sedang rasa seronok dan begitu teruja, kawallah kegembiraan kita. Jangan sampai keterlaluan. Apa pun anugerah atau pencapaian yang kita dapat ketika ini, jangan lupa bahawa itu pemberian Tuhan. Jadi, di samping kegembiaan itu, sertakanlah rasa syukur kepadaNya. Selain itu jangan lupa selitkan juga rasa malu. Malu kerana walaupun dengan dosa demi dosa yang kita buat. Allah masih sudi memberikan nikmat demi nikmat.

Malah jangan lupa, di sebalik kegembiraan yang kita kecap ketika ini, timbulkan juga sedikit rasa waspada. Adakah nikmat yang diberikan Allah ini benar-benar satu anugerah yang dihulur Allah dengan penuh kasih sayang dan hidayah? Atau adakah satu istidraj yang dicampak Allah dengan penuh murka kerana ingin kita semakin hanyut dan jauh daripada petunjukNya. Nauzubillah... Semoga kita dijauhkan daripada sesuatu seperti itu. Dan semaklah hati kita selalu.

Tidak ada suatu kesusahan atau bala (bencana) yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (lohmahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput daripada kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikanNya kepadamu. (Ingatlah) Allah tidak menyukai setiap orang sombong lagi membanggakan diri.
(Al-Hadid 57: 22-23)







NSYAFQILA RUSLAN

Monday, January 4, 2016

Bertatih Menuju Dia

Aye insan yang penuh dosa. 
Penuh dengan silap masa lalu. 
Namun aye tetap usaha. 
Untuk istiqomah selalu. 

Aye bukan bidadari.
Bukan Muslimah yang sempurna. 
Namun aye tetap mencari. 
Jalan pulang ke arahNya. 

Aye masih sesat kadang-kadang. 
Masih ada kebingungan. 
Namun niat aye tidak pernah hilang. 
Untuk terus pulang ke pangkal jalan. 

Aye tidak meminta untuk diterima. 
Tidak layak untuk disayangi. 
Namun jangan hukum dan hina. 
Salah silap seorang bayi. 

Aye masih merangkak. 
Masih terumbang-ambing dalam iman. 
Namun usah buat nafas aye sesak. 
Berikan bayi ini masa untuk berjalan.



NSYAFQILA RUSLAN

Saturday, January 2, 2016

Itu urusannya dengan Allah

"Be good to me and I will be good to you."
Begitu kata sesetengah orang. 
Tajam maksudnya, ketat pula syarat-syaratnya.
Kurang lebih, ia membawa maksud yang hampir sama dengan cogan kata yang akan diguna
pakai oleh Dajjal pada saat dia menyesatkan manusia.
"Ikut cakap aku dan engkau akan selamat."
MasyaAllah!

Ukhti fillah ku, jika hari ini kita sedang kecewa dengan perlakuan seseoarang, 
maka tanyakanlah kepada diri sendiri.
Kalau kita melakukan sesuatu kerana mengharapkan balasan daripada Allah,
mengapa kita harus merasa kecewa dengan tindak balas daripadanya?
Di mana keikhlasan kita yang sebenarnya?
Ingatlah, dalam menjalani kehidupan kita di dunia ini,
jangan mengenakan syarat dalam bermuamalat.

Itulah kesilapan terbesar yang mungkin pernah dilakukan kita.
Kita mensyaratkan orang berbuat baik dengan kita, 
barulah kita akan membalas pula kebaikan mereka.
Jika kita buat berbaik kepada orang, dan dia membalasnya dengan buruk,
maka kita dengan segera membencinya.
Lihatlah bagaimana dengan mudahnya kita terjerumus dalam tipu daya syaitan yang menyesatkan.
Dia membisikkan kepada kita agar membuat kebaikan untuk mendapat balasan kebaikan daripada manusia dan bukan kerana keredhaan Allah semata-mata.
YaAllah, betapa bahayanya tahap iman kita berada!

Motivasikan keikhlasan kita dengan mengingati kemuliaan hati seorang anak yang terdapat dalam kisah Nabi Musa a.s .
Pada saat Nabi Musa bertanya kepada Allah perihal jirannya di syurga, Allah telah memberi petunjuk tentang seorang pemuda.
Lantas, ketika Nabi Musa bertemu pemuda tersebut, baginda terkejut apabila melihat betapa pemuda tersebut memelihara dua ekor babi yang besar, malah memeluk dan membelainya dengan penuh kasih sayang.
Apabila ditegur tentang perbuatannya yang menyalahi agama, dengarlah jawapan pemuda tersebut.

"Wahai tuan hamba, sebenarnya kedua-dua babi itu ialah ibu bapa kandungku. 
Oleh kerana mereka telah melakukan dosa yang besar, Allah telah menukarkan rupa mereka menjadi babi yang hodoh rupanya.
Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain.
Itu urusan mereka dengan Allah.
Aku sebagai anaknya tetap perlu melaksanakan kewajipanku.
Setiap hari aku berbakti kepada kedua-dua ibu bapaku seperti tuan hamba lihat tadi.
Malah, setiap hari aku berdoa kepada Allah agar mereka diampunkan.
Aku bermohon supaya Allah menukarkan wajah mereka menjadi manusia yang sebenar,
tetapi Allah masih belum memakbulkan lagi."

Allahu Akbar! Betapa hebatnya pemuda ini saat dia berkata, 
"Soal dosa mereka dengan Allah itu soal lain. Itu urusannya dengan Allah.
Aku sebagai anaknya perlu tetap melaksanakan kewajipanku."

Umpama seorang isteri yang sakit hati dengan perangai buruk suaminya namun masih boleh berkata,
"Jika suamiku gagal menjadi suami yang baik, itu urusannya dengan Allah.
Aku sebagai isteri akan tetap melaksanakan kewajipanku."

Subhanallah! Alangkah banyaknya persengketaan yang dapat dielakkan jika para isteri berfikiran seperti ini.
Daripada mengeluh dan merungut tidak tentu hala,
lebih baik memujuk sendiri hati kita.
Bukankah Allah sedang menilainya?

Justeru, walau betapa baik atau buruk sekalipun layanan orang terhadap kita,
pujuklah hati kita agar terus berkelakuan baik terhadapnya.
Berilah segala kebaikan yang kita ada.
Bantu sesiapa sahaja.
Maafkan mereka meskipun hati kita terasa begitu pedih sekali.
Percayalah, dengan memberi, tidak ada apa yang kita akan rugi.
Pujuklah hati kita agar terus ikhlas dalam semua perkara.

"Mahukah aku ceritakan kepadamu tentang sesuatu yang menyebabkan Allah akan memuliakan binaan dan meninggikan darjatmu?"

Para sahabat menjawab,
  "Tentu sahaja, wahai Rasulullah."

Rasul bersabda lagi, 
"Kamu bersikap sabar kepada orang yang membencimu, memaafkan orang yang berbuat zalim kepadamu, memberi kepada orang yang memusuhimu, dan menghubungi orang yang telah memutuskan silaturrahim denganmu."

(RIWAYAT TABARANI)




NSYAFQILA RUSLAN

Tuesday, December 29, 2015

Salam Subuh

Sabda nabi, solat sunat subuh 2 rakaat lebih baik dari dunia dan isi-isinya. Di situlah ada redha Allah. Bila Allah redha kita maka di situlah kebaikan yang melebihi segala-galanya. Kita start enjin tiap-tiap pagi pergi kerja, dapat banyak tu juga sedangkan yang memberi rezeki itu adalah Allah. Sepatutnya solat 2 rakaat subuh itu yangg kita kejar dan rebut dulu diikuti dengan solat subuh berjemaah.

Allah sembunyikan redhaNya dalam ketaatan hambaNya. Banyak habuan dari Allah kepada kita tapi kita tak perasan dan lupa hasil dari redha Allah.

Fadhilat kita solat sunat, sedekah, bantu mangsa banjir, berjihad, berdakwah dan seumpamanya telah kita perolehi tanpa kita sedar. Kita dapat rasakan kalau kita perhalusi dan berfikir.

Ada seorang budak sampai 5 kali ulang alik dari Kuala Lumpur ke Kelantan membantu mangsa banjir. Dia seorang yang rajin bekerja, rajin beribadat maka Allah kurniakan kepadanya jiwa yang kasih dan sayang kepada manusia serta kuat beribadat.

Dari satu segi, Allah bukan sahaja menguji mangsa banjir, mangsa perang palestin tetapi Allah uji manusia lain yang tidak terlibat. Adakah mereka prihatin, adakah mereka insaf, ingat dan menghulurkan bantuan seikhlasnya. Maka redha Allah akan turun kepada orang yang baik.

Zikir-zikir dan solat adalah pelindung juga dari sihir. Jagalah kualiti solat. Solatlah secara  berjemaah. Telah berlaku kejadian benar apabila seseorang mengadu kepada ustaz, gelas yang dipegang untuk minum pecah tiba-tiba. Ini menandakan terdapat sihir di dalam minuman itu dan amalan zikir dan solatnya telah melindunginya dari terkena sihir dari minuman tersebut.

Maka orang-orang yang meninggalkan ibadat hidup mereka adalah sebaliknya, di timpa kerugian dan kesusahan.

Maka bersungguh-sungguh beramal ibadat walau dengan memberi salam dan bertegur sapa.

Kisah benar, seorang insan yang kerap memberi salam kepada seorang uz (uz isa) walaupun orang tersebut dgn berseluar pendek sambil cuci kereta, akhirnya pada satu hari dia datang ke masjid hingga menjadi orang kuat masjid berkat amal baiknya memberi salam.

Jagalah setiap amal baik kita baik sekecil-kecilnya hingga sebesar-besarnya kerana habuan Allah akan datang dalam hidup kita.

Inni akhafullah - Sesungguhnya aku takutkan Allah. Jazakillahu khoiran kathira. 🌸