play song

Sunday, December 27, 2015

Mereka



Mereka lihat kita ramai kawan sekarang.
Mereka tak tahu dulunya kita dipulaukan.
Kita dimalukan depan orang ramai.
Sebab diri ini jahil.
Sebab diri ini tidak pandai.

Mereka lihat kita ramai orang suka.
Mereka tak tahu kita dulu pelajar bermasalah.
Mereka tak tahu dulu kita selalu buat masalah.
Mereka tak tahu dulu kitalah menjadi bualan buruk mulut manusia.

Mereka nampak kita gembira selalu.
Mereka tak tahu apa kita lalui dulu.
Mereka tak tahu kita menangis setiap kali balik dari kelas kerana malu.
Malu sebab seorang diri.
Tiada kawan, tiada teman.

Mereka tak tahu apa kita lalui.
Mereka tak tahu apa kita pendamkan selama ini.
Mereka tak tahu.

Apa mereka nampak kita sekarang, mula mereka cemburu.
Mereka tak tahu ini yang dia baru rasakan selama hidup 20tahun.
Rasa ramai sahabat sekeliling.
Rasa ramai orang ambil berat padanya.
Rasa yang selama ni dia nanti-nantikan dalam hidup dia.

Kalian berhentilah judge apa yang kalian nampak didepan mata.
Tanpa tahu apa yang dia alami selama ini untuk apa dia punya sekarang ini.
Susahnya hidup dia dulu, dia tidak pernah bagitahu.

Dia pendam. Telan. Dan hadam.

Hanya mampu tunjukkan senyuman tanpa sedikit pun kerisauan.
Disebalik itu simpan sejuta perasaan.
Airmata mengalir menulis contengan ini. 
Aye mampu kata..

Ini hasil selepas aku lalui semua tu.
Itu kisah aye yang aye tak pernah beritahu pada sesiapa.
Lepas hijrah aye, Allah datangkan sahabat-sahabat Syurga tanpa aye cari pun untuknya.
Musuh-musuh dulu kini menjadi sahabat.
Lepas pengorbanan dan kesabaran, ini hikmah yang aye dapat selepas kekecewaan.

Jangan dengki terhadap seseorang kerana nikmat yang diberikan Allah kepadanya,
sebab engkau tidak tahu apa yang telah Allah ambil darinya.
Dan jangan engkau bersedih apabila Allah mengambil sesuatu darimu,
sebab engkau tak tahu apa yang akan diberikan oleh Allah sebagai gantinya.

Maka katakanlah selalu:
Alhamdulillah..
Kerana itu yang aku selalu lakukan.

Jangan nampak dia selalu gembira.
Kalian tak tahu betapa penat hatinya.





NSYAFQILA RUSLAN

Im back

Assalamualaikum. 
Lama tak kita tak berblog, rindu tak? Malas nak buka lappy sebenarnya.
Boleh je blog guna phone tapi tak puas bak kata orang.

Kejap lagi kita cerita lagi pasal salasilah hidup kita.
Sekarang Alhamdulillah makin sihat lepas berubat dgn ustaz Shafie, dah tak muntah darah dah.
Syukur kepada Allah, tapi kerap pening kepala. Kurang minum air masak agaknya.

Kerap bertwitter dari blog, kalau dulu zaman sekolah phewww berblog saja, sikit-sikit kutuk orang tu ni.
Sekarang tobat dah hehehehe ikhlas taubat ni bukan taubuat ehh ;p
Banyak kenduri bulan ni, busy lah sikit.

Nak dibuat cerita, sekarang Alhamdulillah hidup semakin bahagia 
selepas orang ramai bagi nasihat abaikan, dengar kata hati, buat solat istikharah, apa yang baik apa yang tak.
Minta petunjuk dekat Allah, jangan ikut kata hati nanti binasa.
Terima kasih yang tak henti hantar email bagi kata sokongan.
Hargai setiap bait ayat kalian memberi kata sokongan tu, terharu.
Menangis juga lah..

Betul kata kalian, lepas buat solat istikharah minta petunjuk Allah,
Musuh-musuh kita dulu whatsapp wechat minta maaf, hebat kuasa Allah ni
Kita tak mampu tandingi.
Wallahi tak kuat.
Tak tahu nak kata apa, seronok semua suka.
Yelah kita dapat memaafkan orang, satu kerja yang mulia.
Allah pun suka.. Pahala duk bergerak je, suka malaikat bahu kanan mencatit.

Okay, nak tak kita bercerita pasal salasilah hidup kita selama berhijrah ni?
Okay jommm.
Stay tuned ;p





NSYAFQILA RUSLAN

Friday, December 25, 2015

Kebahagiaan



Bahagia itu kita yang pilih.
Bahagia itu pilihan.
Sebenarnya dalam hidup ini, kita jangan menyalahkan orang lain bila kita tidak bahagia, kerana kebahagiaan itu bukan orang lain yang ciptakan tapi ada pada hati kita sendiri. Bahagia itu hakikatnya dekat, terlalu dekat dengan kita. 
Kebahagiaan itu bukan untuk dicari. Jika kita masih tercari-cari, maknanya kita tak ada kebahagiaan itu.
Kebahagiaan itu tak perlu cari, tetapi kita perlu membinanya, kita yang harus menciptanya kerana kebahagiaan itu terletak pada sekeping hati, sekeping hati yang selalu bersyukur.

Orang yang paling bahagia dalam hidupnya adalah orang yang tidak selalu memiliki sesuatu yang terbaik dalam kehidupannya,
tapi hanya selalu berusaha untuk bersyukur dan menjadikan setiap apa pun yang hadir dalam hidupnya menjadi yang terbaik.
Kebahagiaan yang sempurna terdapat pada seseorang yang sederhana tetapi dia memperlakukannya dengan istimewa. 
Ibarat kata orang "tak perlu miliki segalanya untuk bahagia, cukup jadikan apa yang sudah kau miliki saat ini sebagai alasan untuk bahagia."

Hargai apa yang kita miliki saat ini.
Kebahagiaan tak akan pernah datang kepada mereka yang tidak menghargai apa yang mereka miliki. Hargai apa yang kita miliki hari ini, kerana kita tidak pernah tahu apa yang kita miliki hari ini,
masihkah ada untuk hari esok?

Bila perancangan kita tidak menjadi seperti yang kita harapkan,
ingatlah dan senyumlah kerana kita merancang dengan cita-cita tetapi Allah merancang dengan cinta.

Ada yang bersependapat mencari kebahagiaan itu ibarat mengutip serpihan kaca.
Ada yang berjaya mengutip dengan banyak dan ada yang mengutip paling sedikit,
tapi tiada seorang pun yang berjaya mengutip kesemuanya,
kerana tatkala mengutipnya pasti ada yang terluka.

Memang amat tinggi letaknya kebahagiaan, namun kita harus menuju ke sana.
Ada orang berputus asa berjalan ke arahnya lantaran disangkanya jalan ke sana amat sukar, padahal mudah kerana ia daripada dirinya sendiri.

Sampai ke hari ini aye tetap percaya bahagia itu adalah pilihan.
Dan bersama siapa kita bahagia, kita juga yang pilih.

Senyum.




NSYAFQILA RUSLAN

Thursday, December 24, 2015

Jangan menilai seseorang dari luar


Bila kita lihat balik semua benda yang berlaku disekeliling kita.
Kehidupan ajar kita satu perkara.
Hak untuk menilai orang, bukan pada kita.
Sebab walau terang, depan-depan macam mana pun seseorang tu buat kesalahan, buat dosa depan kita. Kita tak boleh terus hukum kata dia jahat.
Luar nampak dia buat benda jahat.
Hati dia?
Kita tak tahu.

Mungkin dia sendiri tak nak buat benda tu.
Mungkin dia sendiri tengah cuba lawan nafsu sendiri.
Mungkin tiap-tiap malam dia selalu berdoa pada Allah supaya ubah dia.

Kita semua pernah alami perkara ini.
Tahu benda tu Allah tak suka.
Tapi nafsu, susah nak kalahkan.

Sebab apa?
Sebab kita manusia, bukan malaikat.
Jahat mana pun kita, pasti kita terdetik mohon pada Allah untuk ubah kita. Kan?
Fitrah setiap manusia untuk berubah walau jahat nakal sosial mana pun seseorang itu.

Yah, termasuk aye!

Kita boleh ada sifat benci tapi bukan pada seseorang yang kita nampak dia buat kesilapan.
Benci pada dosa yang dia lakukan.
Sedangkan dulu kita tak sedar, kita juga seperti dia.
Malah mungkin lagi teruk dari dia. Hanya kerana kita baru berhijrah atau rasa diri tu dah alim, kita rasa dah bagus.
Anggap seseorang yang lakukan kesilapan itu mungkin cerminan diri kita dulu.

Nasihat. Jika tidak lalu dengan nasihat kita.
Mendoakanlah..
Selemah-lemah iman itu dalam menegur adalah dengan hati.

Mencegah dari melakukan perkara itu dan mendoakan yang terbaik buat seseorang itu agar diberi keampunan atas kesalahannya dan diberi hidayah oleh Allah..




NSYAFQILA RUSLAN

Hati


Ada masanya sakit itu.
Tak boleh nak dijelaskan dengan kata-kata.
Tak boleh nak ditulis dengan baris-baris nota.
Tak boleh nak perah airmata keluar.
Tak boleh nak jerit ke satu dunia.
Tak boleh nak marah sesiapa.
Tak boleh nak kongsi.
Tak boleh nak cerita.
Tak mahu disimpan.
Tak boleh nak dibuang.
Cuma terasa dalam dada.
Tak boleh nak buat apa.
Telan dan hadap, sambil minta simpati dan belas kasihan Dia.

Pujuklah hatimu andai dugaan yang mendatang itu seakan menghimpitmu. Bukan Allah tidak peduli.
Bukan Allah hendak menyeksamu.
Bukan Allah sudah tidak melihat usaha dan doa-doamu, bukan Dia tidak kisah airmatamu.
Dia cuma hendak kamu tahu bahawa Dia menyayangimu.
Sangat menyayangimu!

Masakan tidak, dari berbillion manusia di muka bumi ini,
engkau pilihannya.
Dia memilihmu kerana Dia ingin kau kembali padaNya.
Mungkin selama ini, kau lalai dari mengingatiNya dengan sebenar-benarnya,
mungkin selama ini kau kurang bersyukur dengan apa yang telah Dia berikan padamu.

Limpahan nikmat yang kau perolehi jarang sekali kau syukuri.
Bahkan kau tambahi dengan keluhan.

Maka, muhasabahlah..

Pujuklah hatimu andai dugaan yang datang itu seakan bertubi-tubi bagimu.
Bukan Allah tidak tahu, betapa dengan ujian dariNya ini,
membuat kau terduduk, membuat kau menangis
dan membuat kau lebih banyak ingat Dia.

Allah tahu itu dan ketahuilah Allah sentiasa memerhatimu dengan pandangan kasih sayang.
Dia sentiasa ingin yang terbaik untuk kehidupanmu.

Hati.

Semoga kau tabah dan kuat. 
Bukan untuk hari ini.
Tapi, untuk setiap hari.





NSYAFQILA RUSLAN

Gadis


Ada seorang gadis.
Yang dulu dia bukanlah sesiapa.
Dan tidak punya apa-apa.
Apa lagi untuk memiliki apa dia ingin punya.
Dulu dia bebas buat apa dia suka.
Tanpa fikir sakitnya rasa, lelahnya jiwa.
Kerana dia perlu rasa sesuatu yang lain, dia berubah.

Struggles demi struggles.
Tewas. Jatuh. Futur. Down.
Kuatnya dia, hanya senyuman terukir dimatanya.
Menutupi segala masalah yang dia telan sedalam-dalamnya.
Kuatkan dia?

Sampai satu masa, airmata dia mengalir.
Tapi bibir dia tersenyum.
Kerana penat lelah dia, dia tahu dia kena hadapi dulu.
Untuk capai kebahagiaan yang hakiki yang dia tahu.
Bukan senang untuk dikecapi.

Tapi inilah kehidupan manusia.
Yang dari zaman jahiliyyah ke zaman menuju ke jannah.

2015

October, bermulanya penghijrahanku.





NSYAFQILA RUSLAN

Hijrah illahi


Dulunya aye liar, dulunya aye fikir aye Tuhan, apa yang diharamkan, aye halalkan.
 Punya hanya nafsu serakah semata.
 Kain legap itu.
Ahh panas!
Labuh itu kolot!
Tutup sana sini apa seronoknya?
Badan ini aku jamu pada mata-mata ajnabi itu berzina. 
Rambut megah berwarna kuning emas ini aye layangkan, kulit tangan kaki mulus ini aye hamparkan, bangga!
Nasihat mereka sedikit pun tak terkesan.
Apa peduli? 
Ini hidup aye!

Satu malam.
Aye mengalami mimpi..
Aye nampak seorang wanita berbaju putih dan hitam.
Dua-dua menghulur tangan, meminta aye sambut.
Aye fikir antara mereka siapa perlu aye mahu sambut.
Si putih? Atau si hitam?

Si hitam tersenyum, tidak tahu itu ikhlas atau mengejek.
Si putih manis dengan senyumannya, ya aye terpaut.
Tapi, aye fikir sejenak.
Adakah yang manis senyuman itu ikhlas.
Dan..
Adakah yang mengejek itu ikhlas juga.
Aye didalam di lema antara hitam dan putih.
Sekali lagi aye ternampak satu 'screen' menunjukkan satu 'wayang' si putih dan hitam.
Sebentar, yang hitam itu seperti aye kenal.
Adakah itu aku? Yang merupai aye.
Allahu..

Seperti satu 'wayang' aye terlihat..
Yang hitam satu seksaan yang amat menyakitkan.
Tidak, ia amat menyeksakan.
Menggunakan besi yang membara, panas mungkin.
Takut!
Ya, itu yang mampu aye meluahkan melalui reaksi rupa.
Aye kalah dalam airmata, aye menangis semahunya.
Tapi apa salah si hitam? 
Dia senyum kepada aye dan hulur tangan kepada aye.
Apa maksudnya?
Adakah ingin mengheret aye ke sana?
Terseksa bersama dia juga?
Tapi kenapa?
Aye bertudung, aye berbaju cuma kadang ketat kadang tudung sikit singkat.
Dia ingin seret aye bersama diakah?
Airmata ketakutan menitis,
Laju!
Laju seperti seksaan itu juga.

Dan seperti 'wayang' lagi aye terlihat di sebelah sana..
Yang putih, ya putih.
Tapi apa yang aye lihat, ia berseri dan bercahaya.
Allahu..
Aye terpukau melihatnya
Cantik.
Apakah itu Syurga?
Tapi siapa si putih itu?
Dia juga amat manis dalam senyumannya.
Aye pasti dia ikhlas menghulurkan tangan.
Adakah ingin membantu aye?
Adakah ingin menyedarkan aye, aye jahil di dunia.
Aye menangis semahunya.
Menitis kerana rasa seperti sesuatu ketenangan.

Aye sedar.
YaAllah, mimpi rupanya.
Tapi aye mimpi, kenapa bila aye sedar airmata masih mengalir laju seperti derasnya air di sungai?
Air mata betul.
Bukan peluh di muka atau badan.
Siapa aye ingin mencari?
Emak? Abah? Kakyong? Adik?
Kawan? Saudara-mara?
Mereka jauh.
Ya, aye sendiri. Sendiri seperti dalam mimpi tersebut.
Tanpa sesiapa membantu.
Mimpi apakah itu?
Aye yakin itu mimpi dari Allah ingin sedarkan aye supaya hentikan berpakaian menutup tetapi sebenarnya bertelanjang.
Aye insaf. 
Aye taubat.
Taubat sesungguhnya!
Aye telefon keluarga aye minta ampun, pada sahabat, pada kawan, pada musuh,
pada manusia aye sengaja atau tidak menyakitkan hati mereka.
Aye mohon kemaafan.
Tetapi, esok aye membuat kesilapan yang sama.
Menyakitkan hati orang, aye mengeluarkan kata kesat.
Manusia mana yang sempurna? Katakan pada aye?
Sekali lagi aye bertaubat, ya taubat pada Allah!
Aye tahu Allah terima, tanpa jemu.
Subhanallah..
Aye tahan dan berkata pada diri supaya abaikan kesakitan itu, orang memerli hanya seketika dan diam pada akhirnya.
Umpama..
 'anjing menyalak pada malam hari, pada keesokkanya diam dan mulakan kehidupan baru'
Ya, aye semat dalam diri.
Alhamdulillah aye boleh bertahan, dan mula membiarkan benda yang tak sepatutnya.
Abaikan manusia yang menyakitkan hati aye selalu dan selalu,
Abaikan manusia yang menjatuhkan aye hari hari ke hari.

Satu hari, aye renung jari ini..
Aye lihat denyut nadi pada pergelangan tangan ini, aye pejam mata dengar denyutan jantung sendiri.
Dan bertanya pada diri, apakah nikmat yang tersedia Allah beri ini membuatkan aye jadi alpa dan sombong umpama si iblis yang tidak mahu tunduk pada Adam.
Titis airmata...
Kufurnya diri...
Munafiknya diri...
Setiap pagi Allah tiupkan roh untuk aku bangun beramal padaNya, tapi aye bangun hanya pandangnya pada dunia.
Fikirnya aye pada diri langsung tidak fikir pada Pencipta.

Jadi.. Perlahan-lahan aye ubah satu persatu pada diri.
Dengan helaian dimuka ini.
Aye bertatih dalam menimba ilmu. Bertatih dalam beribadat. 
Ujian ini makin sukar.
Orang-orang yang aye anggap berilmu, sebenarnya penghukum!
Mereka hukum bila nampak satu salahnya.
Mereka perli aye.
Mereka benci aye hanya satu silap aye buat.
Mereka tak tahu penghijrahan aye kerana mimpi.
Mereka menuduh berubah mengikut orang.
"Orang bertudung aku bertudung. Orang freehair aku pun freehair. Orang bertudung litup labuh aku juga begitu."
Mereka tak faham apa aye lalui.
Mereka mampu berkata dari menyelami hijrah aye, diri aye.
Hati aye jadi lemah!

Apa mereka tahu apa aye lalui sebelum ini?
Aye sunyi.
Timbul rasa rindu pada zaman dulu.
Saat aye mula untuk putus asa dari hjrah ini.

"Sabar.. Allah bersama dengan orang sabar. Maafkan mereka yang buat kau sakit. Mohon maaf pada mereka, sama ada kau betul atau salah. Allah suka orang begitu. Memaafkan dan memohon maaf. Jika mereka tak mahu maafkan, biar. Hitung kau dengan diri mereka selesai, biar dengan Allah pula. Kau jangan pendam dan jangan berdendam. Kalau kau kuat. Kuatlah untuk Allah. Kau minta Allah kuatkan iman, Allah hantar banyak ujian untuk iman kau makin kuat. Sahabat, susah kau sekarang anggap ini saham akhirat iman dan pahala kau bakal ditimbang kelak. Jumpa dekat Syurga nanti."kata Sahabat.

Pesan diri. Semat dalam hati.
"Aku memilih memaafkan, dan sentiasa memohon maaf pada sesiapa salah atau tidak.
Kerana aku inginkan ketenangan. Kebahagiaan.
Tidak akan rugi jika diri aku begitu.
Tanpa dendam. Memendam yang merosakkan hati.
Aku bebaskan. Bebaskan semua.
Kerana hijrah illahi aku bukan hari ini, 
tetapi..
Selamanya."
AllahuAkbar.
"Qowiy lillahi taala" sekarang, aye pilih untuk begini.
Kalian dan kalian.
Mahu berkata apa?
Katalah..
Sungguhnya tiap bait kata kritik, cacian dan kutukan kalian itu,
malaikat kiri kanan ini akan terus mencatit.

Yang diam dan tenang, akan menang.





NSYAFQILA RUSLAN

Pakaian

Tipulah kalau cakap berjubah itu tidak panas.
Tipulah kalau cakap bertudung labuh itu tidak panas.
Lagi tipu kalau cakap berpurdah itu tidak panas.
Tambah-tambah kalau berpurdah hitam berjubah serta tudung besar waktu tengahari yang panas terik.
Mengalir peluh di setiap ini di muka hanya Allah sahaja yang tahu.

Kerna ku tahu.
Syurga itu indah.
Kerna ku tahu.
Syurga itu tenang dan untuk mukminin sejati was sobirin.

Panas di dunia itu seketika nak dibanding panas di akhirat yang selamanya.
Berpanas-panas sekarang, bersejuk-sejuk kemudian di Syurga Allah. 
Subhanallah..

Jadi aku ambil keputusan pilih jalan yang orang anggap bajet muslimah, bajet alim,
segala percakapan manusia, aku redahi.

Pakaian kita maruah kita.
Pakaian kita juga bawa nama agama islam kita.

Wahai kamu wanita yang rasa ingin berhijrah,
Abaikan dan jangan takut apa manusia akan berkata.
Tapi,
Takutlah jika nanti Allah berkata,
"Aku murka denganmu yang tidak menjaga kehormatan diri sewaktu di dunia dulu"




NSYAFQILA RUSLAN

Wednesday, December 23, 2015

Salam Maulidur Rasul

                   Kenapa kita sambut Maulidur Rasul?

Bergembira dengan rahmat Allah:
Iaitu bergembira dengan kelahiran Nabi Muhammad SAW 
(Rujuk Surah Yunus:58
Dan Al-Anbiya: 107)

Mencontohi perbuatan sahabat Nabi yang berhimpun semata-mata untuk berdoa,
bersyukur kerana dikurniakan hidayahNya untuk agamaNya,
Dan bersyukur kerana dikurniakan Nabi kepada mereka.
(Rujuk Surah As-Sunan Imam
Nasa'i, 5331, imam Ahmad,
16232)

Nabi menyambut hari kelahirannya sendiri dengan berpuasa setiap hari isnin.
Nabi SAW bersabda,
Mafhumnya;
"Hari isnin merupakan hari aku dilahirkan, hari aku diutuskan menjadi rasul,
dan hari Al-Quran diturunkan kepadaku."
Rabiul'Awwal..

Sebagai lambang kecintaan kepada Nabi SAW, sambutan maulid Nabi adalah sebagai satu
wasilah dalam merangsang kecintaan kepada Nabi.
Daripada Anas R.A
Meriwayatkan, bahawa Nabi SAW bersabda
Mafhumnya;
"Seseorang antara kamu belum beriman sehingga aku lebih dicintainya daripada kedua-dua orang tuanya, anaknya dan seluruh manusia."
(Riwayat Bukhari. no 15 dan
Riwayat Muslim, no 77)

Mencintai baginda adalah sebagai rahmat untuk diri kita sendiri.
kerana telah disebutkan di dalam Al-Quran dalam surah Ali'Imran ayat 31.
"Katakanlah, jika kamu mencintai Allah ikutlah aku (Rasulullah SAW)
nescaya Allah mengasihi dan mengampunkan dosa-dosamu. 
Allah maha Pengampun lagi maha Penyayang."

Antara ulama yang bersependapat bahawa sambutan maulidur rasul ini hukumnya sunat,
dan bid'ah hasanah ialah imam Abu Syammah, Imam Al-Hafiz Ibnu Hajar
Al-Asqolani, Imam Jalaluddin As-Suyuthi, Imam Ibnu Hajar Al-Haitami, Imam Al-Haj Al-'Abdari dan lain-lain.
Ulama kontemporari seperti Syeikh Yusuf Al-Qardhawi dan Syeikh Wahbah Al-Zuhaili juga menghukumnya dengan sunat.

Kerana baginda SAW sentiasa hidup di hati umatnya dan selamanya kekasih kita.

Rasulullah, 
mengenangkan dirimu,
hati ini selalu tersenyum
walau tak pernah bertemu dirimu
namun,
kau pasti menjadi ingatan di hati.

Indah nyaman malam ni, malam lahirnya Sayyidina Wamaulana Muhammad. Moga baginda mengenali kita di akhirat kelak.
Mari bersama berselawat ke atas Muhammad, pada hari kelahirannya 12 rabiul awwal.

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد

صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
يَا نَبِيْ سَلاَمٌ عَلَيْكَ
صَلَوَاتُ الله عَلَيْكَ
يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيْكَ
يَا حَبِيْبُ سَلاَمٌ عَلَيْكَ
أَشْرَقَ الْبَدْرُ عَلَيْنَا

قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُوْرِ
فَاخْتَفَتْ مِنْهُ الْبُدُوْرُ
مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا
أَنْتَ نُوْرٌ فَوْقَ نُوْرٍ
أَنْتَ شَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ
يَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّد
أَنْتَ إِكْسِيْرٌ وَغَالِي أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُوْرِ يَا حَبِيْبِيْ يَا مُحَمَّد يَا عَرُوْسَ الْخَافِقَيْنِ يَا إِمَامَ الْقِبْلَتَيْنِ
مَا رَأَيْنَا الْعِيْسَ حَنَّتْ
مَنْ رَأَى وَجْهَكَ يَسْعَد يَا كَرِيْمَ الْوَالِدَيْنِ حَوْضُكَ الصَّافِى الْمُبَرَّد وِرْدُنَا يَوْمَ النُّشُوْرِ بِالسُّرَى إِلاَّ إِلَيْكَ
وَصَلاَةُ الله عَلَى أَحْمَد
وَالْغَمَامَةْ قَدْ اَظَلَّتْ وَالْمَلاَ صَلُّوْا عَلَيْكَ عَالِمُ السِّرِّ وَأَخْفَى مُسْتَجِيْبُ الدَّعَوَاتِ رَبِّ إرْحَمْنَا جَمِيْعًا بِجَمِيْعِ الصَّالِحَاتِ
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
عَدَّ تَحْرِيْرِ السُّطُوْرِ أَحْمَدُ الْهَادِي مُحَمَّد صَاحِبُ الْوَجْهِ الْمُنِيْرِ صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
 

Couple



Rata-rata sekarang ni bercinta dah bukan guna istilah couple dah. Tapi guna ayat couple islamik. Tunang ikut islam. Tanpa ikatan sah. Hanya sekadar dua kata setuju ingin bernikah tapi keluar bersama tanpa batas dijaga.

Couple islamik tidak pernah wujud dalam islam. Matlamat tidak menghalalkan cara. Couple islamik hanyalah selepas melafazkan sakinah yang mulia iaitu ijab dan kabul.

Disini aye ingin kongsikan kisah benar yang terjadi pada teman aye,

"Kau yakin dia betul-betul sayang kau?
Kau yakin dia ialah orang yang Allah dah takdirkan untuk bersama kau?"

"Yup, aku yakin dia betul-betul sayang aku sebanyak mana aku sayangkan dia. Aku dah lama dengan dia. Dah bertahun-tahun. Aku kenal dia. Aku faham dia.
Dan dia memang lelaki terbaik yang hadir dalam hidup aku. Dia tak akan tinggalkan aku. Dia pernah janji."

Katanya.. Bila Allah pilih kita untuk diberikan ujian, kita hampir tersungkur tak mampu berdiri. Hilang harapan. Hilang punca. Hampir putus asa.

Seolah-olah itulah penamat. 
Seolah-olah dunia sudah berakhir.
Sesekali Allah uji kita tapi kita cakap, aku tak pernah bahagia.
Sesekali kita menangis tapi kita cakap, aku jarang ketawa.
Sesekali kita kecewa tapi kita cakap, aku tak pernah berjaya.

Banyaknya nikmat Allah yang kita lupakan tetapi ujianNya yang sedikit itu yang kita hiraukan. Di mana syukur kita?
Sedangkan hakikatnya ujian itu juga adalah salah satu rahmat dan tanda kasih Allah pada kita.

Kerana apa?
Kerana kita letakkan terlalu tinggi keyakinan pada seorang manusia. Hampir 100% mungkin.
Kita yakin dia tak akan tinggalkan kita.
Kita yakin dengan tempoh perkenalan yang sudah bertahun itu, kita benar-benar mengenali siapa diri dia. Kita yakin dia milik kita selamanya.

Sehebat mana pun perancangan kita sebagai manusia, jangan terlupa perancangan Allah itu lebih hebat daripada segala-galanya.
Bila segala perancangan kita tak menjadi seperti yang diharapkan, senyumlah dan ingatlah. Manusia merancang dengan cita-cita, tapi Allah..
Merancang dengan cinta.

Never put the key to your happiness in somebody else's pocket.

Yang berkahwin, berkongsi bahagia berpuluh tahun pun ada yang bercerai-berai apatah lagi kita yang hanya bergantung harap pada janji yang belum pasti.
Tanpa ikatan...

Kita nak kongsi satu video dari Prof Dr Muhaya tentang cinta couple, 
selamat menonton. Jangan sia-siakan. Ingat! ;)








NSYAFQILA RUSLAN