Kenapa kita sambut Maulidur Rasul?
Bergembira dengan rahmat Allah:
Iaitu bergembira dengan kelahiran Nabi Muhammad SAW
(Rujuk Surah Yunus:58
Dan Al-Anbiya: 107)
Mencontohi perbuatan sahabat Nabi yang berhimpun semata-mata untuk berdoa,
bersyukur kerana dikurniakan hidayahNya untuk agamaNya,
Dan bersyukur kerana dikurniakan Nabi kepada mereka.
(Rujuk Surah As-Sunan Imam
Nasa'i, 5331, imam Ahmad,
16232)
Nabi menyambut hari kelahirannya sendiri dengan berpuasa setiap hari isnin.
Nabi SAW bersabda,
Mafhumnya;
"Hari isnin merupakan hari aku dilahirkan, hari aku diutuskan menjadi rasul,
dan hari Al-Quran diturunkan kepadaku."
Rabiul'Awwal..
Sebagai lambang kecintaan kepada Nabi SAW, sambutan maulid Nabi adalah sebagai satu
wasilah dalam merangsang kecintaan kepada Nabi.
Daripada Anas R.A
Meriwayatkan, bahawa Nabi SAW bersabda
Mafhumnya;
"Seseorang antara kamu belum beriman sehingga aku lebih dicintainya daripada kedua-dua orang tuanya, anaknya dan seluruh manusia."
(Riwayat Bukhari. no 15 dan
Riwayat Muslim, no 77)
Mencintai baginda adalah sebagai rahmat untuk diri kita sendiri.
kerana telah disebutkan di dalam Al-Quran dalam surah Ali'Imran ayat 31.
"Katakanlah, jika kamu mencintai Allah ikutlah aku (Rasulullah SAW)
nescaya Allah mengasihi dan mengampunkan dosa-dosamu.
Allah maha Pengampun lagi maha Penyayang."
Antara ulama yang bersependapat bahawa sambutan maulidur rasul ini hukumnya sunat,
dan bid'ah hasanah ialah imam Abu Syammah, Imam Al-Hafiz Ibnu Hajar
Al-Asqolani, Imam Jalaluddin As-Suyuthi, Imam Ibnu Hajar Al-Haitami, Imam Al-Haj Al-'Abdari dan lain-lain.
Ulama kontemporari seperti Syeikh Yusuf Al-Qardhawi dan Syeikh Wahbah Al-Zuhaili juga menghukumnya dengan sunat.
Kerana baginda SAW sentiasa hidup di hati umatnya dan selamanya kekasih kita.
Rasulullah,
mengenangkan dirimu,
hati ini selalu tersenyum
walau tak pernah bertemu dirimu
namun,
kau pasti menjadi ingatan di hati.
Indah nyaman malam ni, malam lahirnya Sayyidina Wamaulana Muhammad. Moga baginda mengenali kita di akhirat kelak.
Mari bersama berselawat ke atas Muhammad, pada hari kelahirannya 12 rabiul awwal.
No comments:
Post a Comment