play song

Thursday, December 24, 2015

Hati


Ada masanya sakit itu.
Tak boleh nak dijelaskan dengan kata-kata.
Tak boleh nak ditulis dengan baris-baris nota.
Tak boleh nak perah airmata keluar.
Tak boleh nak jerit ke satu dunia.
Tak boleh nak marah sesiapa.
Tak boleh nak kongsi.
Tak boleh nak cerita.
Tak mahu disimpan.
Tak boleh nak dibuang.
Cuma terasa dalam dada.
Tak boleh nak buat apa.
Telan dan hadap, sambil minta simpati dan belas kasihan Dia.

Pujuklah hatimu andai dugaan yang mendatang itu seakan menghimpitmu. Bukan Allah tidak peduli.
Bukan Allah hendak menyeksamu.
Bukan Allah sudah tidak melihat usaha dan doa-doamu, bukan Dia tidak kisah airmatamu.
Dia cuma hendak kamu tahu bahawa Dia menyayangimu.
Sangat menyayangimu!

Masakan tidak, dari berbillion manusia di muka bumi ini,
engkau pilihannya.
Dia memilihmu kerana Dia ingin kau kembali padaNya.
Mungkin selama ini, kau lalai dari mengingatiNya dengan sebenar-benarnya,
mungkin selama ini kau kurang bersyukur dengan apa yang telah Dia berikan padamu.

Limpahan nikmat yang kau perolehi jarang sekali kau syukuri.
Bahkan kau tambahi dengan keluhan.

Maka, muhasabahlah..

Pujuklah hatimu andai dugaan yang datang itu seakan bertubi-tubi bagimu.
Bukan Allah tidak tahu, betapa dengan ujian dariNya ini,
membuat kau terduduk, membuat kau menangis
dan membuat kau lebih banyak ingat Dia.

Allah tahu itu dan ketahuilah Allah sentiasa memerhatimu dengan pandangan kasih sayang.
Dia sentiasa ingin yang terbaik untuk kehidupanmu.

Hati.

Semoga kau tabah dan kuat. 
Bukan untuk hari ini.
Tapi, untuk setiap hari.





NSYAFQILA RUSLAN

No comments:

Post a Comment