play song

Saturday, December 19, 2015

Hidup

Assalamualaikum alaik..

Mesti kita semua ade peristiwa suka dan duka kan? Dalam kedukaan tu mesti ade sesuatu kita buat untuk lupakan semua. Macam aye, ayesuka dengar lagu kalau hadapi hidup yg sukar. Aye pasti teringat peristiwa lama bila sebuah lagu tu dimainkan, seolah-olah benda tu berlaku depan mata, seolah kita sedang bersemuka. Senyum mereka jelas terukir, renungan mereka amat realistik seakan mereka sedang menatap kita. Tutur kata jelas bermain di telinga. Walaupon tempat, benda atau sesuatu objek tu dah takde ataupon berubah fizikalnye, memori dapat menghidupkan semula. Sebagai contoh, setiap kali lagu raya berkumandang menjelang Syawal, wajah-wajah ibu bapa serta adik beradik yg masih kecil dan remaja serta rumah tokwan, suasana di kampung pada malam raya, tetap bermain di fikiran. Pergaduhan yg kecil ke besar, Allah bagi ujian dalam pelbagai rupa. Mencuba minta maaf, berbaik, over dan over buat salah lagi. Semua dari hati, ikhlas caranye ikhlas juga sesiapa walau ape pon keadaan. Redha sesuatu, redha jugalah caranye. Jadi dalam hidup kenalah ikhlas dan redha baru Allah pon redha.. Walaupun amat singkat imbasan tu berlaku, ia amat bermakna buat aye. Betapa hebatnye otak yang dicipta oleh Yang Maha Kuasa. Boleh menyimpan data yang tidak terkira banyaknya.

Namun bukan semua pengalaman itu indah, betul tak? Aye pun tak terlepas daripada ditimpa musibah atau dilanda badai kehidupan. Aye pernah jatuh sakit, ditimpa kemalangan, dihimpit kesusahan sama ada dari segi kewangan, kesihatan ataupun kesedihan. Sebagai manusia biasa kita pasti tidak terlepas daripada ujian Allah. Ia banyak membentuk diri aye, mengubah kehidupan aye kepada yang lebih baik. Datangnya ujian itu dalam pelbagai bentuk dan silih berganti. Mencabar kekuatan minda dan rohani serta menguji ketahanan dan ketakwaan kepadaNya. yaAllah, ya Tuhanku.. Sesungguhnye kepada Engkau aku berserah.

Nikmat dan musibah ini jika tidak ditangani dengan betul boleh membinasakan. Syukur aye kepada Allah yg sentiasa memberikan perlindungan dan petunjuk untuk aye memilih jalan yang benar dan diredhai.

"AKU kata 'bukan aku punya cara yang membuatkan dia membenci aku, tetapi diri dia sendiri yang berpunca jadi begitu'."

Aye selalu pesan pada semua orang yang minta pendapat, kadang ada yang cakap nak buat idola apa semua, satu je aye cakap:

"AKU kata 'bukan saya punya pendapat yang membuatkan awak berubah, tetapi diri awak sendiri dan Allah juga yang membuka pintu hati untuk orang yang dikehendakiNya."

Alhamdulillah, Tuhan tunjukkan mana yang terbaik untuk aye.







NSYAFQILA RUSLAN 



No comments:

Post a Comment