Assalamualaikum alaik.. Ingin ku cerita perjalanan yang membawa ku hingga kini, jalan liku yang aku hadapi. Rataplah, fahamlah, aku juga sepertimu, jahil tapi Allah maha Mengasihi membawa ku sampai sini..
Buat kaum hawa yang aku sayangi.
Dari tak pakai tudung, mula memakai.
Dari tudung singkat, mula labuhkan tudung.
Dari tangan terdedah, mula ditutup baju lengan panjang.
Dari ditutup dengan baju, mula pakai sarung tangan.
Dari kaki terbuka, mula tutup biar tak terdedah dengan stokin.
Ingat senang ke semua tu? Ingat mudah ke nak tempuh semua tu? Belum lagi tempuh cacian orang, belum lagi tempuh pandangan sedara mara, belum lagi tempuh kritikan kawan-kawan.
Ya, semua tak mudah.
Dalam perit menerima kritikan dan kejian, nak tahu apa yang paling perit bagi orang yang cuba berhijrah mencari sekelumit redha Allah? Yang paling perit adalah, bila orang pandang kita baik, pandang kita sempurna, pandang kita cukup terjaga. Sedangkan hati masih dicemari dosa-dosa. Sedangkan ilmu masih lagi tak ada apa-apa.
Lagha sini sana.
Kpop merata-rata.
Ikhtilat entah kemana.
Gelak tak ingat dunia.
Sedangkan orang ingat, muslimah bertudung labuh itu tinggi ilmunya.
Muslimah berpurdah itu baik akhlaknya,
Muslimah tutup itu sempurna orangnya.
Sedih bukan dianggap begitu?
Sedangkan diri tak seindah itu. Orang yg memandang itu tak tahu.
Apa yg muslimah itu rasa, apa yg muslimah itu tempuh.
Dalam waktu-waktu dia mencuba.
Orang itu tak tahu.
Muslimah itu kadang-kadang rapuh.
Kadang-kadang jatuh.
Kadang-kadang tak utuh.
Kadang-kadang menyimpang jauh.
Muslimah itu,
kadang-kadang tersasar.
Kadang-kadang lebih berdosa dari pendosa.
Orang itu tak tahu.
Muslimah itu juga sedang berperang melawan nafsu dunia.
Kerana dia sedar, hatinya tidak sejernih yang orang lain kata.
Dia berusaha mencapai harapan orang-orang yg berharap tinggi padanya.
Tabahlah muslimah, andai jalan itu yang dipilih.
Allah telah pun memelihara kita.
Allah telah menjaga kita.
Lalu, ia terpulang pada cara kita menjaga apa yang Allah jaga untuk kita.
Hidayah Allah itu perlu dicari.
Bukan di nanti, cari sejauh mungkin.
Gali sedalam-dalamnya.
Lalu, bila ia telah pun di temui.
Ia juga terpulang pada diri sendiri.
Sama ada nak grab dan terus mencari redha illahi.
Atau biarkan saja hidayah itu pergi.
NSYAFQILA RUSLAN
No comments:
Post a Comment