play song

Friday, January 15, 2016

Kosong.. Kosong.. Kosong..

Pernahkah satu saat kita berasakan seolah-olah jiwa kita kosong, fikiran kita termangu-mangu dan kita seperti tidak punya apa-apa walaupun pada saat yang sama, sebenarnya kita ada banyak sebab untuk berasa bahagia?

Kembalilah mengingati Allah. Ambil sedikit masa untuk kembali bermuhasabah. 
Menangislah. 
Hati kita perlu dicuci dengan tangisan untuk menginsafi kelalaian kita sebagai seorang khalifah. Carilah segenap ruang yang ada di sekitar kita yang boleh dimanfaatkan untuk membantu sesiapa sahaja.

Berperananlah dengan sehabis daya dan upaya yang ada.
 Jika kita seorang ibu, bantulah diri kita agar menjadi seorang ibu yang ikhlas dan tabah melayan kerenah anak-anak kesayangan. 
Jika kita seorang isteri, jadilah isteri yang menyejukkan hati suami dan sentiasa membantunya tanpa banyak perhitungan.
Jika kita seorang sahabat, tinjaulah apa juga keperluannya yang boleh kita bantu setakat mana yang termampu.

Dengan menggembirakan orang lain, hati kita secara automatik akan menjadi sangat gembira. 
Dengan membantu orang lain, secara fitrahnya kita akan merasa diri kita berguna. 
Ingatlah, tidak ada pencuri yang menjadi kaya dengan hasil curiannya.
Tidak ada jiwa yang menjadi tenang dengan menyakiti hati orang.

Bersihkanlah hati kita. Ingatlah setiap masa, dunia in sentiasa membalikkan semula apa yang pernah kita lemparkan kepadanya. Jadi, lemparkanlah kebaikan, lemparkanlah senyuman, lemparkanlah bantuan, kerana setiap masa, kita memerlukannya kembali kepada kita.

Berazamlah dengan sepenuh hati. 
Hari ini, aku ingin menjadi manusia yang bersih hatinya, aku tidak mahu memandang rendah kepada sesiapa, aku tidak mahu merasa benci atau dengki kepada manusia, dan aku mahu menjadi hamba Allah yang sentiasa sedar tentang kekurangan diriku sendiri daripada menjadi manusia yang leka memperkatakan kesilapan dan kekurangan sesiapa.

Katakan kepada diri kita, setiap manusia di persekitaranku tidak Allah jadikan sia-sia, mereka adalah aset dan harta yang Allah bekalkam kepadaku untuk menambah pahala sebagai bekalku ke syurga. Kerana itu, aku ingin hidup tenang tanpa memusuhi mereka.

Dan berdoalah.
"yaAllah, bantulah aku agar sentiasa mengingatiMu. Bantulah aku agar sentiasa berselawat untuk kekasihMu. Bantulah aku agar mengasihi dan mengasihani orang-orang di sekitarku. Satukanlah hati-hati kami keranaMu. Allahuma Aamiin, yaRabb. 
Aamiin. Summa Aamiin..."


Sesungguhnya Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (terhadap musuh), kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Sampaikanlah khabar gembira kepada orang sabar.
(Al-Baqarah 2: 155)






NSYAFQILA RUSLAN

No comments:

Post a Comment